BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TVET Perlu Cipta Pekerjaan Berkualiti Tinggi, Tawar Pendapatan Lebih Baik - KSN

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

TVET Perlu Cipta Pekerjaan Berkualiti Tinggi, Tawar Pendapatan Lebih Baik - KSN​

4be49148d5fbfa1521b64b61777269496a0c04346609a

Kredit: Pejabat KSN

Cabaran utama Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia kini bukan lagi sekadar mewujudkan peluang pekerjaan tetapi memastikan pekerjaan tersebut berkualiti tinggi, berproduktiviti dan menawarkan pendapatan yang lebih baik kepada pekerja.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata isu TVET kritikal kerana ia dapat mengurangkan ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan industri selain menangani isu kebolehpasaran kerjaya dalam kalangan graduan.

Beliau berkata TVET juga penting bagi meningkatkan produktiviti tenaga kerja serta memacu transformasi industri negara ke arah ekonomi berteknologi tinggi dan digital.

“Perkara ini saya tekankan semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) Majlis TVET Negara (MTVET) Bilangan 2/2026 hari ini, bagi memastikan agenda pembangunan modal insan terus diperkukuh demi memenuhi keperluan masa hadapan,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Shamsul Azri berkata TVET bukan sekadar pilihan utama kerjaya sebaliknya merupakan lonjakan pecutan ekonomi negara.

 
Back
Top
Log in Register