Tuan Sat_core takk nak jadi sukarelawn untuk TV Impian ke ?
TERKINI Dari Harakahdaily.net : Rakyat negeri Selangor boleh mendapatkan dekoder TV Impian yang akan mula dijual pada Isnin minggu depan dengan harga RM499.
Menurut Penyelaras TV Impian Ir. Izham Hashim, TV Impian tidak mengenakan sebarang caj sampai bila-bila malah para pelanggan hanya membayar untuk harga dekoder sahaja.
"Yang penting kena sediakan internet untuk penyambungan. Apa yang lebih hebat siaran tidak akan ada sebarang gangguan. Kalah Astro," katanya kepada Harakahdaily.
Orang ramai yang mahu mendapatkan dekoder TV Impian boleh berhubung dengan Isma Ali di talian 0192825716 atau emelkan kepada
[email protected].
Sebanyak lima saluran televisyen disediakan iaitu
saluran satu akan memuatkan saluran berita dan ulasan,
Saluran dua akan menyiarkan siri dokumentari seperti Lynas, Bersih, siasatan rakyat,
saluran tiga lebih kepada ilmu pengetahuan seperti debat, ceramah kuliah Azhar Idrus,
saluran berbentuk hiburan dan filem-filem yang sihat dan
saluran lima lebih kepada aneka bahasa dan etnik Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan.
geng geng yg ada minat mybe boleh jdi sukarelawan nih ..tak pasti hala ke langit juga ke ..atau sistem bagaimana guna pakai?????