BTC USD 75,644.0 Gold USD 4,289.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple TV Tawar Penstriman Major League Soccer Tanpa Langganan Season Pass Bermula 2026

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Kesemua perlawanan bola sepak Major League Soccer (MLS) boleh ditonton pelanggan Apple TV tanpa perlu melakukan langganan MLS Season Pass bermula 2026. Menurut Apple selepas ini semua perlawanan liga MLS, Piala League, MLS All-Star Game, Piala Campeones. perlawanan Piala Audi MLS dan banyak lagi akan disertakan sekali menerusi langganan Apple TV yang dahulunya menggunakan nama Apple TV+. Langganan MLS Season Pass tidak lagi akan ditawarkan selepas tamatnya musim 2025. Penawaran Apple TV kini mirip Prime Video yang menawarkan permainan liga bola keranjang NBA juga kepada pelanggan mereka di beberapa pasaran dunia. Menurut Apple, perlawanan MLS boleh dinikmati pelanggan Apple TV di lebih 100 negara bermula musim depan.
1763098642481.png

Apple TV kini mula berjinak-jinak dengan penstriman secara langsung selepas pada awalnya hanya ingin menawarkan kandungan yang diterbitkan sendiri sahaja. Beberapa bulan lalu Apple TV menjadi penyiar rasmi sukan Formula 1 di Amerika Syarikat.​
 
Back
Top
Log in Register