Aura Dhuha
Active Member
- Messages
- 2,326
- Joined
- Apr 19, 2011
- Messages
- 2,326
- Reaction score
- 102
- Points
- 33
Assalamualaikum & Salam Sejahtera pada semua. Alhamdulillah, ini kali keenam saya buka thread saya sendiri. Seperti mana nama tajuk diatas, saya akan ajar cara-cara untuk mendaftar domain/hosting percuma hingga memasang wordpress dengan panduan bergambar.

Panduan ini sesuai pada semua peringkat. lagi-lagi yang mana tak tahu cara untuk memasang wordpress kedalam hosting anda dan panduan bergambar ini sangat sesuai buat rujukan anda. diharap dengan tutorial yang tak seberapa ini dapat membantu kawan-kawan dalam carigold, InsyaAllah.

Segala isi kandungan gambar dibuat oleh saya sendiri, diharap tidak ada pihak yang mana menggunakan gambar ini menggunakan bagi tujuan komersial atau diubahsuai untuk kepentingan diri masing-masing bagi peroleh keuntungan darinya.
Hosting gambar disediakan oleh Photobucket.com & Hosting aplikasi disediakan oleh Mediafire.com.
Langkah 1 : Cara-cara mendaftar domain percuma di 000webhost.
Taipkan http://www.000webhost.com/ dalam browser anda untuk memasuki laman hosting percuma.
Isikan semua kotak kosong untuk membuat pendaftaran.
Selepas tekan butang "Create my account" pergi ke email anda untuk lihat sama ada pendaftaran anda sudah berjaya atau tidak.
Setelah berjaya, anda akan lihat "Domain" sementara saya http://auradhuha.net16.net/ dan anda juga akan peroleh "Domain" sementara seperti saya, tapi anda punya sudah semestinya berbeza berbanding saya.
seterusnya klik butang "Active" untuk mengaktifkan hosting anda.
Anda akan lihat butang bulat yang berwarna hijau dan itu tandanya anda telah aktifkan hosting anda.
Pengaktifan ini akan mengambil masa lebih kurang 1 ~ 24 jam untuk tujuan pengaktifan. Perhatikan status sekarang "Setup in progress".
Kalau rajin, selalulah cek email anda untuk dapat mesej seperti ini. Bila dapat mesej ini, klik pada URL yang diberikan.
Anda akan dapat lagi mesej dari 000webhost dan mesej ini terkandung segala maklumat yang akan kita gunakan selepas ini dan ini tandanya hosting anda sudah sedia untuk digunakan.
Status hosting sudah bertukar kepada "Active" dan sedia untuk digunakan.
Sekarang anda perlu klik pada "Go to panel" untuk lihat control panel yang disediakan oleh 000webhost.
Anda juga boleh lihat maklumat tentang hosting anda disebelah kiri selain di dalam email anda. tapi maklumat ini terhad dan tidak sama apa yang diberikan di dalam email anda.
Akhirnya! anda sudah berjaya mendaftar dan anda boleh gunakan domain yang diberikan oleh 000webhost sementara kita menunggu untuk mendaftar satu lagi domain yang ringkas dan pendek, ianya disediakan oleh cz.cc.
paid