BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Tutorial Bergambar] : Daftar Domain/Hosting Percuma Hingga Install Wordpress.

Aura Dhuha

Active Member
Messages
2,326
Joined
Apr 19, 2011
Messages
2,326
Reaction score
102
Points
33
Assalamualaikum & Salam Sejahtera pada semua. Alhamdulillah, ini kali keenam saya buka thread saya sendiri. Seperti mana nama tajuk diatas, saya akan ajar cara-cara untuk mendaftar domain/hosting percuma hingga memasang wordpress dengan panduan bergambar.:):):)

Panduan ini sesuai pada semua peringkat. lagi-lagi yang mana tak tahu cara untuk memasang wordpress kedalam hosting anda dan panduan bergambar ini sangat sesuai buat rujukan anda. diharap dengan tutorial yang tak seberapa ini dapat membantu kawan-kawan dalam carigold, InsyaAllah.:D:D:D

Segala isi kandungan gambar dibuat oleh saya sendiri, diharap tidak ada pihak yang mana menggunakan gambar ini menggunakan bagi tujuan komersial atau diubahsuai untuk kepentingan diri masing-masing bagi peroleh keuntungan darinya.

Hosting gambar disediakan oleh Photobucket.com & Hosting aplikasi disediakan oleh Mediafire.com.

Langkah 1 : Cara-cara mendaftar domain percuma di 000webhost.

Taipkan http://www.000webhost.com/ dalam browser anda untuk memasuki laman hosting percuma.
000webhost-1.png


Isikan semua kotak kosong untuk membuat pendaftaran.
000webhost-2.png


Selepas tekan butang "Create my account" pergi ke email anda untuk lihat sama ada pendaftaran anda sudah berjaya atau tidak.
000webhost-3.png


Setelah berjaya, anda akan lihat "Domain" sementara saya http://auradhuha.net16.net/ dan anda juga akan peroleh "Domain" sementara seperti saya, tapi anda punya sudah semestinya berbeza berbanding saya.
seterusnya klik butang "Active" untuk mengaktifkan hosting anda.
000webhost-4.png


Anda akan lihat butang bulat yang berwarna hijau dan itu tandanya anda telah aktifkan hosting anda.
000webhost-5.png


Pengaktifan ini akan mengambil masa lebih kurang 1 ~ 24 jam untuk tujuan pengaktifan. Perhatikan status sekarang "Setup in progress".
000webhost-6.png


Kalau rajin, selalulah cek email anda untuk dapat mesej seperti ini. Bila dapat mesej ini, klik pada URL yang diberikan.
000webhost-7.png


Anda akan dapat lagi mesej dari 000webhost dan mesej ini terkandung segala maklumat yang akan kita gunakan selepas ini dan ini tandanya hosting anda sudah sedia untuk digunakan.
000webhost-8.png


Status hosting sudah bertukar kepada "Active" dan sedia untuk digunakan.
000webhost-9.png


Sekarang anda perlu klik pada "Go to panel" untuk lihat control panel yang disediakan oleh 000webhost.
000webhost-10.png


Anda juga boleh lihat maklumat tentang hosting anda disebelah kiri selain di dalam email anda. tapi maklumat ini terhad dan tidak sama apa yang diberikan di dalam email anda.
000webhost-11.png


Akhirnya! anda sudah berjaya mendaftar dan anda boleh gunakan domain yang diberikan oleh 000webhost sementara kita menunggu untuk mendaftar satu lagi domain yang ringkas dan pendek, ianya disediakan oleh cz.cc. :)paid:)paid:)paid
 
Sambungan dari atas.

Langkah 2 : Cara-cara memuat-naik (upload) Wordpress ke dalam hosting anda dengan menggunakan aplikasi FileZilla.

1 - Muat-turun (Download ) FileZilla disini : FileZilla 3.5.0 (Win32)
2 - Muat-turun (Download) Wordpress disini : Wordpress 3.1.2

Setelah selesai memuat-turun FileZilla, pasangkan (install) seperti biasa. Next > Next > Next > Finish.

Setelah selesai memuat-turun Wordpress tadi, ekstrakkan dekat mana-mana tempat yang anda selesa. saya lebih syorkan anda untuk ekstrakdi desktop (laman utama komputer). ini bagi memudahkan untuk anda mencari folder tersebut.

Setelah selesai memasang (install) FileZilla ke dalam komputer anda, ikut panduan bergambar ini untuk lebih terperinci cara-cara memuat-naik Wordpress ke dalam hosting anda.

Buka aplikasi FileZilla dan masukkan maklumat anda seperti :
Host : masukkan nama domain sementara yang diberikan oleh 000webhost.
Username : masukkan nama "username" anda, contoh seperti "a1231654".
Passwword : password anda.

Klik pada "Quickconnect" untuk terus masuk kedalam server hosting.
filezilla-1.png


Setelah berjaya membuat sambungan ke server hosting anda, anda akan lihat didalam kotak sebelah kanan yang di dalamnya terdapat "public_html" dan itulah direktori hosting anda, kita akan memasukkan segala isi fail yang terdapat didalam Wordpress kedalam folder "public_html" ini.
filezilla-3.png


Seterusnya, pergi ke tempat dimana anda telah ekstrak Wordpress 3.1.2 tadi, dan tarik kursor anda pada semua fail. dalam erti kata yang lain "select all" untuk kita heret kesemua fail tadi terus masuk ke dalam hosting kita. Contohnya begini :
filezilla-2.png


Setelah selesai membuat pemindahan ke dalam hosting anda, ia akan memamparkan pemindahan fail yang dibuat sedang diproses dikotak bawah sekali. ia juga akan menunjukkan "Queued files" sedang berjalan, seperti ini.
filezilla-4.png


Apabila sudah selesai, kotak yang dibawah tadi akan kembali kosong seperti sediakala. sekarang, lihat pada "Successful transfers" ia akan menunjuk berapa jumlah fail yang telah berjaya dihantar ke dalam hosting anda.
filezilla-5.png


Alhamdulillah, selesai sudah cara-cara memuat-naik fail Wordpress 3.1.2 ke dalam hosting anda. tutorial akan bersambung dengan bagaimana untuk memasang Wordpress 3.1.2 yang anda muat-naik kan sebentar saja tadi. Bersambung....:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Sambungan dari atas.

Langkah 3 : Cara-cara memasang (install) Wordpress 3.1.2.

Nota tambahan : Didalam tutorial kali yang ketiga ini, anda akan diajar untuk membuat pangkalan data (database), dan pentingnya pangkalan data (database) ini sebabnya anda akan disuruh untuk membuat kata laluan (password) untuk pangkalan data (database) anda dan kalau boleh, janganlah gunakan kata laluan (password) yang sama dengan pendaftaran 000webhost. ini bagi mengelak apa-apa kecelakaan yang tanpa kita sedari.

Jika anda seorang yang mudah lupa, sila tulis/taip/simpan maklumat-maklumat yang bakal anda terima selepas ini.

Pertama sekali, anda perlu pergi balik ke laman 000webhost tadi untuk akses ke "control panel" yang disediakan oleh 000webhost.
Taipkan http://www.000webhost.com/ dalam browser anda untuk memasuki laman hosting percuma.
000webhost-10.png


Setelah masuk ke dalam "control panel" scroll ke bawah dan cari MySQL. klik pada MySQL untuk masuk.
wordpress-1.png


Isikan kesemua kotak kosong dengan maklumat yang anda kehendaki.
MySQL database name : isilah hanya dengan ringkas, seperti wp.
MySQL user name : saya syorkan user name ini sama dengan database name. takut-takut nanti terlupa susah pula.
Password for MySQL user : password anda
Enter password again : ulang password anda
klik pada "Create database" untuk teruskan.
wordpress-2.png


Setelah selesai mengisi kesemua kotak kosong sebentar tadi 000webhost akan paparkan keputusan sama ada berjaya atau tidak.
jika anda lihat butang bulat berwarna hijau, YA! anda berjaya.

Anda akan dibekalkan sekali dengan "$mysql host = "mysql11.000webhost.com";" cuba lihat adakah ianya sama seperti anda?? jika sama, ianya akan digunapakai semasa pemasangan Wordpress nanti. SIMPAN!
wordpress-3.png


Sekarang apa yang anda perlu, pergi ke browser anda, taipkan "Domain" sementara yang diberikan oleh 000webhost.
SILA RUJUK TUTORIAL PERTAMA 000WEBHOST, LANGKAH 4 UNTUK KENAL PASTI SEMULA "DOMAIN" SEMENTARA ANDA. saya akan memasukkan "Domain" sementara saya di browser saya seperti ini.

klik pada "Create a Configuration file" untuk teruskan memasang Wordpress.
Code:
url]http://www.000webhost.com/[/url]
wordpress-4.png


Seterusnya klik pada "Let's go" untuk teruskan.
wordpress-5.png


Sekarang, anda perlu mengisikan kesemua kotak kosong dengan maklumat yang anda isikan tadi semasa anda "Create database" dan masukkan kesemua maklumat pangkalan data (database) anda dengan betul.
Database name : nama pangkalan data (database) yang anda cipta.
User name : nama user name yang anda cipta.
Password : password yang anda reka.
Database host : mestilah menggunakan "MySQL Host" yang disediakan oleh 000webhost. contohnya : "$mysql host = "mysql11.000webhost.com";"
Table prefix : kalau boleh biarkan ia kekal seperti ini "wp_" jangan diubah, kalau nak ubah juga, pastikan diakhir perkataan/ayat anda mestilah diletakkan ( _ ) "Underscore". contoh seperti ini : apaapasaja_
seterusnya tekan butang "Submit" untuk teruskan.
wordpress-6.png


Jika tiada kesalahan berlaku, anda akan lihat laman anda menunjukkan perkataan "Installing now" dan tekan pada "Installing now" untuk meneruskan pemasangan Wordpress.
wordpress-7.png


Kini anda berada didalam pemasangan tajuk dan beberapa informasi yang perlu anda isikan seperti "Username" untuk "admin". anda boleh pilih apa saja untuk diletakkan didalam kotak "Username" sebagai ganti "Username" yang tersedia ada iaitu "admin". jika tidak diubah pun tidak menjadi masalah.
wordpress-8.png


Setelah selesai, anda akan dipamirkan dengan perkataan "Success!" dimana anda telah berjaya memasangkan Wordpress ke dalam hosting dan domain anda sekali-gus memaparkan "Username" yang anda ciptakan sebentar tadi. manakala password tidak akan dipaparkan. klik pada butang "Log in" untuk mengakses ke laman admin.
wordpress-9.png


Masukkan "Username" dan "Password" anda untuk akses ke laman admin.
wordpress-10.png


Anda telah berjaya mengakses ke laman admin! untuk melihat "Website Wordpress" yang anda bina selama ini, klik pada perkataan diatas dan dia akan terus bawa anda ke muka hadapan laman web anda.
wordpress-11.png


Akhirnya! anda sudah berjaya memasang (install) Wordpress 3.1.2 ke dalam hosting anda! sekarang anda bolehlah membuat "posting" didalam Wordpress anda!
wordpress-12.png
 
Sambungan dari atas.

Langkah 4 : Cara-cara mendaftar (register) domain percuma yang dibekalkan oleh http://www.nic.cz.cc/

Pertama sekali, anda perlu pergi ke laman web domain percuma ini bagi tujuan untuk mendaftar domain secara percuma. taipkan http://www.nic.cz.cc/ dalam browser anda.

Isikan nama domain yang anda ingin untuk didaftarkan sebagai domain anda dan klik pada butang "Check Availability" untuk diperiksa sama ada domain yang anda inginkan masih sah untuk digunakan ataupun ianya telah diambil oleh orang lain. jika tidak sah, sila cuba dengan nama yang lain ye.:p:p

jika ianya sah, anda boleh membuat pilihan sama ada anda ingin untuk mengambil domain percuma ini dengan tempoh hayat 1 tahun atau pun 2 tahun, ianya terpulang kepada diri anda sendiri dan yang paling penting, ianya adalah PERCUMA! baik, sekarang teruskan dengan menekan butang "Add to cart" bagi proses seterusnya.
czcc-1.png


Anda akan lihat butang "Checkout" selepas selesai membuat pemilihan 1/2 tahun tadi. Jangan Semak (TICK) 3 perkara yang dipaparkan tersebut. tinggalkan kerana ianya bukan percuma! teruskan menekan butang "Checkout" untuk sesi ini.
czcc-2.png


Selesai membuat segala pemilihan tadi. sudah tentu anda tidak punyai akaun di laman cz.cc ini kan? jadi sekarang ini apa yang anda perlu ialah mencipta akaun anda. Isikan kesemua kotak kosong dan jangan tinggalkan satu pun kotak itu dengan kosong kerana ianya adalah mandatori. setelah selesai, tekan butang "Create Account" dan mereka akan menghantar maklumat yang didaftarkan sebentar tadi.
czcc-3.png


Email yang anda akan dapat dipaparkan seperti ini dan anda akan dapat lihat "Username" dan "Password" anda serta anda akan dibekalkan sekali dengan "Activation Key". sila salin "Activation Key" ini kerana "Activation Key" akan digunakan sebentar lagi.
czcc-4.png


Masukkan "Activation Key" yang anda peroleh dari email anda tadi dan klik pada butang "Verity Activation Key" untuk mereka mengenal pasti sama ada yang mendaftar itu adalah anda ataupun bukan.
czcc-5.png


HIJAU!! anda sudah habis membuat pengesahan pendaftaran, kini klik pada butang "Finish Free Registration" untuk meneruskan langkah seterusnya.
czcc-6.png


Anda akan dibawa ke laman "loading" dan tunggu sehingga dibawa ke laman seterusnya.
czcc-7.png


Sekarang anda sudah berada didalam laman selepas laman "loading" tadi dan anda boleh perhatikan perkataan "Registration Success" berada diatas. seterusnya, klik pada "My Account".
czcc-8.png


Setelah klik pada "My Account", anda dengan secara automatik terkeluar dari laman tadi dan diminta untuk akses sekali lagi bagi menggunakan maklumat yang didaftarkan tadi, masukkan "Username" dan "Password" untuk akses masuk.
czcc-9.png


Sekarang anda diminta untuk mengajak rakan-rakan anda untuk membuat perkara yang sama iaitu mendaftar domain ini dengan percuma. tapi kita tak perlu untuk berbuat demikian untuk melangkah ke laman seterusnya. klik pada "Skip this step" untuk teruskan.
czcc-10.png


Selesai sudah tekan "Skip this step", anda akan dibawa ke laman seterusnya dan kali ini banyak pautan-pautan (link) yang kita tidak tahu. seterusnya klik pada "Registered Domains: 1" untuk membuat pengubahan.
czcc-12.png


Sekarang anda dibawa ke dalam laman "Registered Domains: 1" dan anda boleh lihat domain yang daftarkan tadi. semakkan (TICK) di kotak hadapan domain anda dan seterusnya menekan butang "Manage" untuk sesi pengubahsuaian.
czcc-13.png


Seterusnya anda akan lihat 3 pautan yang terdapat dalam laman ini. jangan klik yang lain, klik pada "NameServer" untuk mengaktifkan domain ini pada 000webhost.
czcc-14.png


Baik, sekarang ini anda sudah memasuki laman "NameServer Setup". terdapat 2 kotak kosong yang hadapannya ditulis "NameServer 1:" dan "NameServer 2:".

SEKARANG ANDA PERLU RUJUK PADA TUTORIAL 000WEBHOST PADA POSTING 8. KERANA SEMUA MAKLUMAT MENGENAI NAMESERVER 000WEBHOST TERDAPAT DIDALAM EMAIL TERSEBUT. PERHATIKAN DIDALAM GAMBAR TERSEBUT, SAYA ADA BULATKAN NAMESERVER DI SEBELAH KANAN ATAS.

isikan NameServer tadi dengan betul. contoh :
Nameserver 1: ns01.000webhost.com
Nameserver 2: ns02.000webhost.com

dan klik pada butang "Update" untuk kemaskini "NameServer Setup".
czcc-15.png


Dalam kotak laman yang sama lagi iaitu "NameServer Setup" tapi kali ini ia akan menunjukkan sama ada "NameServer" yang anda isikan tadi berjaya atau tidak. Sekarang anda boleh lihat ianya sudah pun "Active" dan klik pada "Go back" untuk lihat status dihadapan.
czcc-16.png


Selesai sudah perkara diatas, maka kini akan akan lihat status "NameServer" anda sudah berjaya dikemaskini. ia akan tunjukkan seperti ini dengan tulisan berwarna hijau "Status: Active (2)". anda mestilah tunggu sehingga pihak 000webhost menerima jemputan ini. dan selepas ini, anda boleh gunakan nama domain yang ringkas ini selain dari domain yang dibekalkan oleh 000webhost yang terlalu panjang dan menjengkelkan.:p
czcc-17.png


Alhamdulillah, Selesai sudah tutorial saya dari awal hingga akhir. jika ada tersilap ataupun tersalah langkah, jangan segan silu untuk perbetulkan saya. jika ingin mengubahsuai isi kandungan untuk kegunaan sendiri, sila maklumkan kepada saya terlebih dahulu dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Nota Ringkas :
Kesemua fail dan aplikasi adalah 100% boleh digunakan buat masa ini dan ianya adalah Free Source Software yang mana di daftarkan dibawah GNU General Public License jadi anda tidak perlu risau untuk menggunakan fail dan aplikasi yang dibekalkan oleh saya kerana ianya tidak melanggar mana-mana akta didalam undang-undang siber.

Pesanan Ringkas :
[*] Sila tekan butang Thanks kalau anda membaca tutorial yang disediakan oleh saya. ianya hanya mengambil masa 2 saat dan didalam masa 2 saat inilah anda telah membuktikan yang anda adalah seorang yang baik!:)paid

[*] Lagi bagus kalau anda reply post dengan menaip "TERIMA KASIH GENG" secara tak langsung ia akan menjadikan post ranking anda juga meningkat! Dan ianya juga membantu bagi topic ini sentiasa berada diatas dan sekali lagi, secara tak langsung, anda membantu supaya topik ini tidak terkambus begitu saja dan dapat di cari oleh rakan-rakan yang inginkannya. :eek:

[*] Jika link download tidak boleh digunakan, segera maklumkan kepada saya dengan cara menghantar "Private Message" ataupun emailkan kepada saya di [email protected].

[X] Credit goes to : AuraDhuha , Zuldagreat (sebab bangkitkan semangat waktu tengok ss dia)

Sekian, Wassalamu, Terima kasih.

-ad
 
tentang robot adsense tu cam mana plak TT
 
terbaik TT, penjelasan yang sangat jelas, harap TT dapat teruskan from A-Z..:)cgrock
 
tentang robot adsense tu cam mana plak TT

amboi, cepatnye nak belajar. relax dulu boss. baru je siap satu tutor ni. dalam mase terdekat ni jugak kot. tak pasti lagi. tapi yang pasti akan menyusul:)paid:)paid:)paid
 
Back
Top
Log in Register