BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tun Dr Mahathir Berehat Di IJN Kerana keletihan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,186
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,186
Reaction score
346
Points
141
84cf7726883bf36cd58c94ebf5b987cf6290d61019bca

(Gambar fail)

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami keletihan awal pagi tadi.

Perkara berkenaan disahkan oleh pembantu beliau, Sufi Yusoff ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Dr Mahathir kini berada di bawah pemantauan di IJN kerana keletihan,” katanya.

Sufi berkata Dr Mahathir yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada Khamis lepas dijangka dibenarkan keluar pada lewat petang.

Pada padi tadi, bekas perdana menteri itu menghadiri acara “Picnic & Potluck” sempena meraikan ulang tahun kelahiran beliau serta isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menyambut ulang tahun ke-99 semalam.

Menurut laporan media, Dr Mahathir turut meluangkan masa berbasikal mengelilingi Tasik Putrajaya pada acara berkenaan.

 
tak sesuai dah berbasikal.. sapa la yg buat program tu... jgn la nak suruh tunjuk tun kuat sangat lah...100 tahun walau pun luaran nampak kuat dalam tu belum tentudah.
 
Tak tau benda ni dah ada ke tak. Pergerakan orang negarawan seperti mantan PM sepatutnya ada emergency response team dan ambulan standby di tempat tu lah.
 
Back
Top
Log in Register