BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tun Dr Mahathir Dalam Keadaan Baik Selepas Dimasukkan Ke IJN - Marina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141
ad98f197b02056139f83b52210c7065f695c916b480bc

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Gambar Fail)

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berada dalam keadaan baik selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), menurut anak perempuannya Datin Paduka Marina Mahathir.

Bercakap kepada Bernama, Marina berkata walaupun perkara itu dianggap sebagai serius, ia tidak mengancam nyawa, sambil menegaskan bahawa bapanya berada dalam keadaan baik mengambil kira faktor usianya.

“Ia suatu yang serius, tetapi tidak berbahaya. Bagi usianya, segala-galanya adalah relatif… beliau baik-baik sahaja.

“Kami akan mengeluarkan kenyataan yang lebih lengkap dengan butiran lanjut kemudian. Kami perlu memastikan semua istilah yang betul digunakan,” katanya ketika ditemui di lobi IJN di sini hari ini.

Tun Dr Mahathir dimasukkan ke IJN kira-kira jam 9.30 pagi tadi, selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya awal pagi tadi.

Setiausaha Akhbarnya Sufi Yusoff, dalam satu mesej yang dikongsi menerusi kumpulan WhatsApp rasmi Dr M Media Updates hari ini berkata negarawan berusia 100 tahun itu, dibawa ke IJN dengan ambulans dan dilaporkan berada dalam keadaan sedar.

Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu, sebelum ini pernah menerima rawatan di IJN pada 13 Julai 2025 akibat keletihan, namun dibenarkan pulang pada hari sama.

Sementara itu, Sufi dalam kumpulan mesej yang sama memaklumkan bahawa selepas penilaian perubatan, disahkan Tun Dr Mahathir mengalami patah tulang pinggul kanan.

“Tun dijangka akan berada di hospital untuk beberapa minggu bagi rawatan dan pemantauan,” katanya.

 
367053-367053.jpg


[TERKINI] Dr Mahathir nikmati kopi di luar hospital, tanda kesihatan semakin baik

Seth Akmal
14:30 MYT

KUALA LUMPUR: Kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad semakin baik dan dilihat sedang menikmati kopi di sebuah restoran di pusat membeli-belah, Pavillion Damansara hari ini.


“Dr Mahathir masih belum dibenarkan keluar daripada hospital,” ujar Suffi menerusi kumpulan Whatsapp Dr M Media Update sambil berkongsi sekeping gambar Dr Mahathir di restoran tersebut.

Rata-rata pengamal media turut menzahirkan kesyukuran di atas perkembangan kesihatan tokoh politik berusia 100 tahun itu.


Namun, pihak keluarga Dr Mahathir turut memohon maaf kerana tidak dapat menerima lawatan dan hanya terhad pada pihak keluarga terdekat sahaja.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN, sekitar jam 9.30 pagi pada 6 Jan akibat terjatuh di kediamannya.

Akibat kejadian tersebut, beliau disahkan mengalami kecederaan retak tulang pinggul kanan dan perlu menjalani rawatan serta pemantauan selama beberapa minggu.

Artikel : Astro Awani
 
b78a997e078aa78450eedc27a1a5598269788b425f3e5

8da73902038e5c6974b5bba59b1d9d8969788b2952f38

--kredit FB Dr. Mahathir bin Mohamad

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini dibawa keluar seketika untuk “outing” ke sebuah kafe di pusat beli belah Pavilion, Bukit Damansara.

Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff berkata Dr Mahathir dibawa keluar oleh pegawai perubatan IJN ke kafe itu dengan ditemani isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif IJN Prof Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib dan menghabiskan masa selama 40 minit di situ.

“Tun Dr Mahathir memilih untuk menikmati segelas “ice chocolate” bagi “outing” pertamanya sejak dimasukkan ke IJN pada 6 Jan untuk rawatan dan pemulihan selepas terjatuh di kediamannya di The Mines, yang mengakibatkan tulang pinggul kanan beliau patah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sufi berkata Dr Mahathir kemudian dibawa semula ke IJN untuk terus menerima rawatan di institut perubatan itu dan masih belum dibenarkan pulang ke rumah.

Beliau berkata lawatan juga masih lagi terhad kepada keluarga terdekat sahaja.

Pemimpin berusia 100 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 6 Jan lepas selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, dekat sini dan disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan.

 
Back
Top
Log in Register