notepad
Legendary Member

- Messages
- 15,750
- Joined
- Sep 17, 2011
- Messages
- 15,750
- Reaction score
- 2,180
- Points
- 266
Tulenkah telur Omega 3?
Oleh Mohd Roji Kawi- Julai 12, 2022 @ 2:09pm
KUCHING : Kemunculan begitu banyak telur Omega 3 di pasaran sejak awal bulan ini menimbulkan persoalan mengenai ketulenan telur rendah kandungan kolestrol itu.
Tinjauan di premis peruncitan sama ada pasar raya mahupun kedai runcit biasa mendapati hampir semua telur yang dijual kini mempunyai label Omega 3.
Pengguna mula menyedari jumlah telur Omega 3 jauh lebih banyak berbanding telur ayam biasa sejak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memutuskan harga kawalan siling ayam dan telur ayam dimansuhkan mulai 1 Julai lalu.
Justeru, ia menimbulkan persoalan kerana sebelum ini biasanya telur Omega 3 hanya dijual dalam kuantiti kecil iaitu 10 biji satu bekas.
Bagaimanapun kini, hampir semua premis menjual telur ayam di dalam bekas yang mengandungi 30 biji telur dengan harga antara RM18 hingga RM19.50.
Seorang pengguna yang enggan namanya disiarkan mendakwa, sukar untuk mencari telur ayam biasa ketika ini kerana kebanyakan telur di pasaran mempunyai label Omega 3.
"Saya perasan keadaan ini sejak awal bulan ini. Jika dahulu, jumlah telur Omega 3 tidak sebanyak yang kita nampak sekarang.
"Kita mahu mencari telur ayam biasa dengan harapan harganya lebih murah, namun sukar untuk mencari telur jenis itu lagi," katanya.
Menurut pengguna terbabit, ada kedai runcit yang menjual telur ayam biasa, namun mereka hanya menjual sebiji-sebiji pada harga antara 62 sen hingga 66 sen sebiji.
"Saya hairan, mengapa telur ayam biasa itu tidak dijual di dalam bekas 30 biji seperti sebelum ini, sebaliknya peniaga menjualnya sebiji-sebiji.
"Apabila dikira harga telur ayam biasa itu bukan sahaja sama dengan telur Omega 3 malah lebih mahal jika kita membeli 30 biji kerana sebiji dijual antara 62 sen hingga 66 sen," katanya.
Malah beliau turut mendakwa, ketulenan telur ayam Omega 3 itu boleh dipersoalkan kerana warna kuning telur tidak menepati ciri-ciri telur berkenaan.
"Apa yang saya tahu, bagi telur Omega 3 kuning telurnya berwarna oren manakala telur ayam biasa berwarna kuning pudar.
"Tetapi yang saya perasan sebelum ini, tidak semua telur Omega 3 di dalam bekas 30 biji yang saya beli kuning telurnya berwarna oren," katanya.
From: Mohd Roji
Tulenkah telur Omega 3?
KUCHING : Kemunculan begitu banyak telur Omega 3 di pasaran sejak awal bulan ini menimbulkan persoalan mengenai ketulenan telur rendah kandungan kolestrol itu.