BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tugas Anwar bukan perkukuh Umno, pemimpin PKR jawab Sangeet

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Tugas Anwar bukan perkukuh Umno, pemimpin PKR jawab Sangeet​

c02e0110-e3d8-4b3a-b686-fb0fc0bd9d9d-azman-abidin-n-sangeet-kaur-deo-collage-170826.jpg

Azman Abidin menyifatkan kritikan Sangeet Kaur Deo terhadap perdana menteri sebagai gambaran ada suara dalam DAP yang mahu parti itu mengambil pendirian lebih tegas dalam beberapa isu.

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Azman Abidin, berkata kerjasama Anwar dengan kepimpinan Umno perlu dilihat dalam konteks tanggungjawabnya mengurus kerajaan yang terdiri daripada pelbagai parti.

“Perdana menteri bukan bertugas untuk memperkukuh mana-mana satu parti. Umno, DAP sebahagian daripada kerajaan.

“Jadi, apabila perdana menteri bekerjasama dengan kepimpinan Umno, itu bukan bermakna beliau sedang memperkukuh Umno untuk melemahkan DAP,” katanya kepada FMT.

Azman yang juga setiausaha politik perdana menteri menjelaskan, politik gabungan memerlukan Anwar bekerjasama dengan semua pihak dalam kerajaan dan bukan hanya parti yang mempunyai hubungan lebih selesa dengannya.

“Kalau ada pihak melihat hubungan baik antara perdana menteri dengan Umno sebagai ancaman kepada DAP, saya fikir itu lebih persoalan persepsi politik daripada realiti pentadbiran kerajaan perpaduan,” katanya.

Beliau mengulas gesaan perwakilan DAP Kuala Lumpur Sangeet Kaur Deo supaya parti itu menilai semula hubungannya dengan Anwar, selain mendakwa perdana menteri memperkukuh Umno dan melaga-lagakan rakan dalam gabungan kerajaan.

Sangeet turut mempersoalkan tindakan Umno menyerang DAP secara terbuka walaupun kedua-duanya berada dalam kerajaan persekutuan, selain mendakwa Anwar gagal menyatukan rakan gabungan.

Azman bagaimanapun tidak melihat gesaan itu sebagai tekanan terhadap Anwar, sebaliknya menganggapnya sebagai gambaran ada suara dalam DAP yang mahu parti itu mengambil pendirian lebih tegas dalam beberapa isu.

Menurutnya, kritikan terhadap perdana menteri atau perbezaan pandangan antara parti kerajaan adalah perkara biasa, tetapi ia perlu diurus dengan disiplin bagi mengelak pertelingkahan terbuka yang boleh menjejaskan kestabilan kerajaan.

“Kalau sesuatu perkara boleh diselesaikan di meja rundingan, selesaikan di meja rundingan. Kalau perlu dibawa ke Jemaah Menteri, bawa ke Jemaah Menteri. Kalau ada dasar yang perlu diperbetulkan, bincang dan cari jalan penyelesaian.

“Kritik boleh, tegur boleh, tetapi jangan sampai kita meruntuhkan rumah yang kita sendiri sedang duduk di dalamnya,” tegasnya.
 
Isham Jalil ada kutuk DSZH lagi x skang ni?
Rasa cam tak ada..sbb dia tak faham kot strategy wak zahid sblm ni.

Skg taiian jangkahayat kerajaan perpaduan ad pada wak zahid.

Wak zahid tak ada balas pun PKR Dan DAP sebut UMNO sakau, sakau, sakau. Wak zahid balas kekalkan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan, kat peringkat negeri wak zahid tak Komen apa-apa.

Tapi yg sakit hati sgt pada UMNO ni skg AMK dgn Pemuda DAP.
 
ada latest dia duk kutuk Zahid & asyraf wajdi pasal melaka... dia tak puas hati BN nak bertanding 21 kerusi
 
Rasa cam tak ada..sbb dia tak faham kot strategy wak zahid sblm ni.

Skg taiian jangkahayat kerajaan perpaduan ad pada wak zahid.

Wak zahid tak ada balas pun PKR Dan DAP sebut UMNO sakau, sakau, sakau. Wak zahid balas kekalkan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan, kat peringkat negeri wak zahid tak Komen apa-apa.

Tapi yg sakit hati sgt pada UMNO ni skg AMK dgn Pemuda DAP.
Dia yg selalu dok ulang2 UMDAP sana UMDAP sini.
 
Back
Top
Log in Register