BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tudung Pocong, Silang, Alien & Dahi

Print_Screen

Super Active Member
Messages
5,921
Joined
Nov 13, 2010
Messages
5,921
Reaction score
231
Points
73
Tutup aurat . Faham tak maksud tu ? Dah pakai tudung sekalipun tak semestinya awak dah tutup aurat awak .
Eg :-

a - Tudung lilit pocong -
Memang trend sekarang la kan lilit kepala tu tah macam mana boleh terletak elok kat kepala tapi pandangan dia sakitkan mata . Sebab apa ? Lilit dah okay tengok dari atas sampai ke leher eh alamak ai nampak pulak leher putih mulus dia tu . Mak ai kemain jarang lagi tudung dia dahtu lilit dia singkat yang amat . Bila jalan dia sengaja mendada . Nauzubillahminzalik . Awak bangga ke buat gitu ? Tak rasa malu ke ? :')

b - Tudung silang -
Ni pun kira fenomena hot la yang bebudak zaman lani buat . Tudung bawal elok dah labuh ke bawah tapi dia punya rajin duk silang dua belah tudung tu sampai nampak dada . Apa motif ? Nak kata serabut boleh je pin kat bahu kasi tutup dada tapi dia saja je . Nampak tak ?

c - Tudung dahi -
Haha tudung apa pulak ni . Ambe perhatikan gadis gadis melayu sekarang ada yang pakai tudung jenis shawl tu dia tarik sampai nampak rambut -.- Terserlah dahi licin tu . Kalau dahi je nampak tapi la tapi ni dengan anak anak rambut sekali nampak eh bukan anak rambut dah mak bapak rambut semua nampak *sigh*

d - Alien 2015 -
Cuba teka tudung jenis apa ? Hahaha ye mesti la yang ada benjol kat belakang tu -.- Taktau la apa yang menarik sangat dengan bonggol tu . Minat sangat ke dengan bonggol unta ? Motif kenapa ditinggikan bonggol tu sampai sekarang ambe tak dapat selidik lagi lewls . Kalau alasan rambut panjang pun ada je cara nya masuk dalam baju atau ikat kasi rendah pun dah okay ni dia ikat kemain tinggi . Lagi satu boleh effect kat rambut jugak nanti boleh rosak sebab kita ikat tinggi tarikan akar tu kuat sangat tu yang banyak gugur . Hm

Tegur bukan niat nak menghina tapi ada caring . Caring is loving cewah . Kita sesama perempuan kan takkan ambe nak biar kaum ambe buat salah amboi takkan nak masuk syurga sorang sorang kan :') Kalau nanti ambe tak dapat syurga insya-Allah awak awak semua dapat bolehlah tarik ambe masuk sekali . Kan ? Akhir kata dari ambe , jaga maruah seorang perempuan kerana martabat seorang perempuan tu terlalu tinggi untuk dipijak dan dimainkan . Buka mata hati dan fikiran dan ubah perlahan lahan . Adios''

https://www.facebook.com/GengTudungLabuh/posts/429093850599464
 
Back
Top
Log in Register