BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TUDM, Bomba Diarah Tingkat Operasi Pembenihan Awan Di Utara Semenanjung - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
02247ec41a6aa8c02f8408f70b03e9cc69f9a99ccf1d8

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk meningkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung susulan musim kemarau yang berlaku di kawasan berkenaan.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata operasi berkenaan perlu dilaksanakan dengan kadar segera.

“Kita sedar di utara Kedah terutamanya menghadapi musim kemarau yang agak lebih panjang daripada biasa. Itu menyebabkan kesukaran peladang dan juga pesawah.

“Kita telah mengarahkan pembenihan awan ditingkatkan oleh TUDM dan saya juga minta JBPM yang mempunyai keupayaan yang relatif lebih kecil … meneruskan kegiatan (pembenihan awan) dalam beberapa hari ini,” kata beliau pada sidang media Krisis Bekalan Global, di sini hari ini.

Semalam, Anwar mengarahkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk menyegerakan pelaksanaan operasi pembenihan awan di negeri-negeri yang berada pada tahap kritikal, khususnya Kedah dan Perlis.

Beliau berkata langkah itu merupakan keperluan mendesak dalam mendepani situasi cuaca semasa, selain menyarankan penggunaan teknologi dron bagi mengatasi kekangan logistik agar operasi berkenaan dapat dilaksanakan dengan lancar.

 
Back
Top
Log in Register