BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarawak Laksana Pembenihan Awan Untuk Tingkat Simpanan Air, Tangani Jerebu

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,702
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,702
Reaction score
97
Points
80

Sarawak Laksana Pembenihan Awan Untuk Tingkat Simpanan Air, Tangani Jerebu​

0c9ace5264f04c2f7ea2c7e50e214e156a990cdbacd82

63d860c9564990b1ca1cdbd006a3fae56a990d349695e

d9555184a22a4cc474ba68631e222ac26a990cf6e576a

Kakitangan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) Sarawak menolak tangki mengandungi larutan air garam ke dalam pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menjalankan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Pangkalan TUDM Kuching.

Operasi pembenihan awam yang menyasarkan kawasan empangan utama dan tadahan air di Sarawak akan dilaksanakan bermula hari ini hingga 5 Sept, kata Timbalan Premier Sarawak  Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) berkata operasi itu bergantung kepada kewujudan awan yang sesuai serta keadaan atmosfera yang menggalakkan.

“Sasaran kami hari ini ialah kawasan loji hidroelektrik Batang Ai terlebih dahulu. Selepas itu, pasukan akan bergerak ke Murum dan Bakun untuk menilai keadaan awan di kawasan berkenaan.

“Selain itu, kami turut menyasarkan 13 kawasan tadahan air di Sarawak. Tujuannya adalah untuk meningkatkan jumlah air di kawasan berkenaan,” katanya selepas menghadiri taklimat mengenai operasi itu di sini hari ini.

Operasi berkenaan antara lain melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Uggah berkata operasi pembenihan awan itu turut fokus kepada usaha membantu mengurangkan jerebu yang menjejaskan beberapa kawasan di negeri itu.

“Kita berharap hujan yang turun dapat membantu mengurangkan jerebu. Itu juga antara objektifnya, namun kita tidak boleh menjanjikan jerebu akan hilang kerana kita jangan lupa dari mana sumber jerebu itu datang.

“Kami berharap mereka (Indonesia) akan terus melakukan yang terbaik untuk mengurangkan jumlah titik panas di sana. Jika jumlah titik panas di sana berkurangan, jerebu juga akan berkurangan kerana jumlah titik panas di Sarawak adalah sangat rendah,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register