BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tuanku Muhriz Terima Menghadap Aminuddin

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Tuanku Muhriz Terima Menghadap Aminuddin​

848f5304a688357c11d505e72701c5b36a1fb6a80c8e3


Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di Istana Hinggap, di sini pagi tadi.

Pertemuan itu berlangsung hampir dua jam selepas Aminuddin memasuki istana kira-kira 9 pagi.

Aminuddin ketika ditemui pemberita selepas itu berkata pertemuan itu adalah rutin dilakukan beliau pada setiap Rabu sebelum mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Mesyuarat biasa hari Rabu,” katanya ringkas.

Semalam, beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dilapor mengadakan mesyuarat di Kediaman Rasmi Menteri Besar.

Setiausaha DAP Negeri Sembilan Cha Kee Chin berkata mesyuarat itu bagi membincangkan persediaan PH untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

 
Adakah PRU juga akan menyusul?
Paling tidak PRN N9 dan Melaka sama
 
Back
Top
Log in Register