BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Treler Terbalik, Hempap Kereta

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
19.05.2018 - Juru, Sebuah treler terbabas merentangi tengah Lebuhraya Utara Selatan dekat Juru di sini menyebabkan kesesakan dari susur tol Tambun hingga KM148 arah utara.

Kejadian awal pagi tadi itu dipercayai berlaku apabila pemandu terbabit gagal mengawal lori mengakibatkan ia terbabas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, kejadian melibatkan dua kenderaan.

“Siasatan awal dijalankan mendapati sebuah kereta yang berada di lorong kanan membunyikan hon terhadap sebuah lori di hadapannya yang secara tiba-tiba menukar haluan dari lorong kiri ke kanan.

“Akibat daripada itu, pemandu lori tersebut terkejut dan gagal mengawal kenderaan sehingga terbalik dan melintang menutup semua lorong utama menghala ke utara,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

c04f300f11fb9a0254d0f887054ccb7c.jpg


cb6e5f8f8ba352207266a4f018b5937e.jpg


1c20c6ba1d20730a98c9463b02b9eeb2.jpg


8c079f85cc9b251932ce812cc6a521e0.jpg


0991f77bd3376b7d583def9830d53b0b.jpg


52eee9ff57b85ac73fd9c801804fa0b1.jpg


3f4cb4678791f95df8285feb14281f8d.jpg


a14c083d764e868de3d13f28095e6806.jpg


161f791c5e7d8979fbadf7084ce12eab.jpg


Berita asal http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/treler-terbalik-tengah-lebuh-raya-1.836366
 
Gambar Lokasi (Tambahan)

b605665794261f7267406b69b7fb1c47.jpg


a41b3b9fbacc573f18acbfb9ce2fd755.jpg


8dbb5b9ba8f4afd0ee9768b48b464268.jpg


14f87e4cf314731c04df9edefb456712.jpg


a7654a315ec554c3b290c7bf37062eb3.jpg


ca4573cca822f394d0bc167c97b39a6f.jpg


567e524998e91e29b9e631c0708eae0f.jpg


7846ec3e92867527d0d25e360e05b9b4.jpg


93dcac41f57f53eada76d6b179a919eb.jpg

Dah tau siapa yang bersalah - mesti driver kereta yang bunyikan hon tu kan.
Driver trailer tetap maksum.
 
aku klu memandu akan cepat cepat jauhkan diri dari kenderaan beso ni samada memecut atau slow down. bas ekspress pun klu folo punyalah dekat, rasa gerun sesangat padalah kita dah speed 110 kmj tuu.
 
Inilah kelemahan sistem lebuhraya ekspres di negara kita.
Apabila berlaku kemalangan atau bencana ke atas lebuhraya tersebut, penguraian trafik tidak dapat dilakukan kerana tidak dapat membuka pembahagi tengah jalan.
 
Fuh nasib kena belakang keta. Kalau hempap depan blh mendatangkan kematian kpd driver keta..
 
Kalau chevrolet mesti tahan bodi keta tu..
 
betul betul terhalang laluan kalau camni.

Kesian kat pengguna lain, patut sangat adakan kajian bagi menghadapi situasi seumpama ni dimasa akan datang
 
Back
Top
Log in Register