BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Treler rempuh dua kenderaan, tol

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Kerosakan teruk di tol akibat rempuhan sebuah treler yang hilang kawalan. ‎
PETALING JAYA - Dua kenderaan dirempuh sebuah treler yang hilang kawalan sebelum merempuh pondok tol Plaza Tol Subang Jaya susur keluar dari Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), petang tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila pemandu treler berkenaan hilang kawalan selepas mengalami masalah brek sebelum merempuh dua kenderaan iaitu sebuah Proton Saga BLM dan sebuah van ambulans yang sedang beratur di plaza tol itu

Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu kenderaan terlibat itu dilaporkan selamat dan hanya seorang mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 1.30 petang.

Menurutnya, rempuhan itu membabitkan pondok tol di antara lorong kelima dan keenam.

“Siasatan awal mendapati, treler yang sedang menuju ke arah Subang Jaya itu telah hilang kawalan sebelum merempuh dua kenderaan serta pondok tol berkenaan.

“Pemandu treler berkenaan sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, setakat pukul 6 petang tadi, pemandu treler dan kereta yang terlibat masih belum membuat laporan polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/treler-rempuh-dua-kenderaan-tol-1.532346
 
Pondok plaza tol tidak selamat untuk didirikan, kena cabut dan buang untuk lebih keselamatan. :D
 
treler & lori dgn masalah brake memang tak pernah berpisah ke?
 
pergi puspakom pun boleh lepas lori macam ni.
 
Lepas ni bayaran tol naik harga sebab nak baiki pondok tol tu. 8->
 
Back
Top
Log in Register