BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Treat ditutup

Marzuki, bila ada benda tak betul, maka dah jatuh wajib kita kena tegur.

Al-Baqarah:
[159]Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua makhluk.

[284] Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampunkan siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Iya, masalahnya sekarang. Sudah pasti ke kehebatan
Bismillah diatas tidak betul. Kalau tak pasti janganla
dengan mudah cuba menyesatkan orang lain, macam kita berguru
la, ilmu yang kita baru belajar, tak tahu pokok pangkal...
kalau rasa tak betul, jangan kata guru tu tak betul.
Bertanya lah..atau rujuk kepada yang arif dlm ilmu tersebut.
 
Memang dengan izin Allah menjadi. Tapi tahukah tuan ilmu yang macam ini dipanggil sebagai ISTIDRAJ.

Istidraj bermakna kurniaan yang dihulur terus menerus kepada ahli maksiat. Kurniaan yang seperti ini membuat ahli maksiat bertambah lalai dan bertambah derhaka kepada Allah s.w.t. Apabila kelalaian dan kederhakaan mereka telah melampaui batas maka Allah s.w.t mendatangkan bala yang besar kepada mereka. Mereka adalah umpama orang yang diangkat ke tempat yang tinggi sambil mereka menganggap pengangkatan itu sebagai satu kemuliaan namun, setelah mereka berada di tempat yang tinggi itu mereka dicampakkan ke bawah. Kejatuhan yang demikian memberi kesakitan yang lebih kuat.

persoalannya adakah mengagung2kan kebesaran tuhan Allah s.w.t itu termasuk dlm istidraj...seperti dlm hal ini suka membaca 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIM'...ilmu hamba sikit je..mintak pencerahan...!:-?
 
Surah Al-Baqarah
[165]Dan di antara manusia ada orang yang menyembah selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (pada hari kiamat) bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaanNya (nescaya mereka menyesal).
 
Apa la kena mengena dengan kelebihan Bismillah Paksu,
adakah amal baca Bismillah 21x sebelum tidur seperti
saranan Rasulullah S.A.W ( utk elak gangguan syaitan),
membelakangkan ALLAH?? mencintai selain ALLAH??
 
Berhati-hatila saudara....kalau ilmu yang tuan sampaikan itu boleh menyebabkan orang itu syirik kepada Allah Taala, maka terimalah akibat yang sebaliknya. Allah akan bayar CASH. Kat akhirat dah tentu kena, kat dunia pun kene juga sedara. Maka tunggulah.

Surah Al-'Ankabut
[56]Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.

Terpulang kepada org yang mengamal...sekiranya dia ikhlas menyebut Bismillahirrahmanirrahim....tak kan jadi syirik...Mengapa org yang menyampai menjadi salah:o
 
Saya pernah dengar...hal org mengamalkan ayat Quran secara salah atau baca terbalik..untuk tujuan perubatan...itu sah salah
 
:Amalan ni lebih kurang macam analogi kalau kita sakit, kita makan ubat, tapi bukan ubat yang menyembuhkan penyakit, tetapi Allah yang menyembuhkan sakit tersebut...Begitu juga dengan ibadat, bukan ibadat kita yang membawa kita ke syurga, tetapi rahmat Allah...Jadi kalau sakit, tak semestinya tak perlu makan ubat.... dan untuk mendapat rahmat Allah, takkan taknak beramal?...:):):)
 
Amalan istidraj boleh mendapat rahmat Allah? Itulah orang Islam yang ada hari ini, tak kenal yang mana halal dan yg mana haram.

Fikirlah sejuta kali saudara.

Membaca basmallah untuk tujuan yg tertentu dah tentu syirik.

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG".

Basmallah adalah pujian kita kepada Allah, kerana dengan izinNya segala urat sendi, tulang temulang, darah merah di badan, mata memandang yang baik, mendengar yang perkara-perkara yang baik, kudrat tangan melakukan kerja yang baik....Atas sebab itulah kita memujiNya dengan Basmallah.

Atas sebab itu Rasululllah SAW pernah bersabda:
"Sebelum kamu melakukan setiap pekerjaan kamu, mulakanlah dengan nama Allah."

Al-Baqarah:
[186]Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kamu lupa atau salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Allah ada berfirman lagi,

Surah Al-Nisa'
[79] Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).

Memang benar, syirik adalah suatu perkara yang serius. Menyamakan kedudukan amalan itu sama dengan Allah Taala adalah syirik tidak terampun.

Dan orang yang mengamalkan ilmu-ilmu istidraj ini selalunya takkan sedar oleh sebab 'dijaga' oleh iblis yang selalu berbisik akan baiknya amal istidraj itu, sehinggalah dia mati. Dan dibangkitkan semula, barulah tahu apa yg dia buat di dunia betul atau tak betul.

Al-Baqarah:
[42]Dan janganlah kamu mencampuradukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedangkan kamu mengetahuinya.

Dan paksu amat takut akan azab Allah di hari akhirat terhadap golongan-golongan ini kerana azab Allah amat keras.

Al-Baqarah:
[174]Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak akan menyucikan mereka dan bagi mereka seksa yang amat pedih.

Biarlah apa orang nak kata dekat paksu, sebab bagi paksu. Hanya Allah lah saja pemelihara dan perancang terbaik untuk paksu, paksu hanya melaksanakan apa yang diperintahkanNya sahaja.

Al-Baqarah
[284]Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampunkan siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
 
Back
Top
Log in Register