:Amalan ni lebih kurang macam analogi kalau kita sakit, kita makan ubat, tapi bukan ubat yang menyembuhkan penyakit, tetapi Allah yang menyembuhkan sakit tersebut...Begitu juga dengan ibadat, bukan ibadat kita yang membawa kita ke syurga, tetapi rahmat Allah...Jadi kalau sakit, tak semestinya tak perlu makan ubat....
dan untuk mendapat rahmat Allah, takkan taknak beramal?...


Amalan istidraj boleh mendapat rahmat Allah? Itulah orang Islam yang ada hari ini, tak kenal yang mana halal dan yg mana haram.
Fikirlah sejuta kali saudara.
Membaca basmallah untuk tujuan yg tertentu dah tentu syirik.
"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG".
Basmallah adalah pujian kita kepada Allah, kerana dengan izinNya segala urat sendi, tulang temulang, darah merah di badan, mata memandang yang baik, mendengar yang perkara-perkara yang baik, kudrat tangan melakukan kerja yang baik....Atas sebab itulah kita memujiNya dengan Basmallah.
Atas sebab itu Rasululllah SAW pernah bersabda:
"Sebelum kamu melakukan setiap pekerjaan kamu, mulakanlah dengan nama Allah."
Al-Baqarah:
[186]Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kamu lupa atau salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
Allah ada berfirman lagi,
Surah Al-Nisa'
[79] Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).
Memang benar, syirik adalah suatu perkara yang serius. Menyamakan kedudukan amalan itu sama dengan Allah Taala adalah syirik tidak terampun.
Dan orang yang mengamalkan ilmu-ilmu istidraj ini selalunya takkan sedar oleh sebab 'dijaga' oleh iblis yang selalu berbisik akan baiknya amal istidraj itu, sehinggalah dia mati. Dan dibangkitkan semula, barulah tahu apa yg dia buat di dunia betul atau tak betul.
Al-Baqarah:
[42]Dan janganlah kamu mencampuradukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedangkan kamu mengetahuinya.
Dan paksu amat takut akan azab Allah di hari akhirat terhadap golongan-golongan ini kerana azab Allah amat keras.
Al-Baqarah:
[174]Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak akan menyucikan mereka dan bagi mereka seksa yang amat pedih.
Biarlah apa orang nak kata dekat paksu, sebab bagi paksu. Hanya Allah lah saja pemelihara dan perancang terbaik untuk paksu, paksu hanya melaksanakan apa yang diperintahkanNya sahaja.
Al-Baqarah
[284]Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampunkan siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.