BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Transformasi Organisasi Bermula Dengan Pekerja, Bukan Ukuran Prestasi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141

Transformasi Organisasi Bermula Dengan Pekerja, Bukan Ukuran Prestasi​

e6286d331d2b8081d9406faf7ad3e2ed6a745dfee0056

Datuk Dr Mohd Khalis Abdul Rahim

Memenangi kepercayaan pekerja dan mempunyai hala tuju untuk mereka ialah langkah pertama ke arah transformasi organisasi, kata bekas Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Datuk Dr Mohd Khalis Abdul Rahim.

Berdasarkan pengalaman beliau dalam transformasi organisasi, Mohd Khalis berkata banyak inisiatif perubahan gagal kerana organisasi lebih memberikan tumpuan kepada penstrukturan, proses kerja dan metrik prestasi sebelum membina semula hubungan emosi pekerja dengan tempat kerja mereka.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata organisasi perlu terlebih dahulu memulihkan rasa bermakna, tujuan dan kebanggaan dalam diri pekerja, terutamanya apabila sumber kewangan terhad dan insentif berbentuk wang ringgit bukanlah satu pilihan.

"Anda cuba memotivasikan sesebuah organisasi untuk bangkit daripada kelesuan dan menjadi organisasi yang berprestasi tinggi dalam tempoh singkat tanpa mempunyai wang untuk memberikan insentif kepada pekerja. Jadi, apa yang anda boleh berikan kepada mereka? Anda boleh memberikan keprihatinan dan rasa bangga. Beritahu mereka bahawa kita berjuang bersama-sama, kita berjaya atau gagal bersama-sama.

"Kembalikan kepada mereka (pekerja) rasa bermakna, tujuan hidup dan kebanggaan … selagi ketiga-tiga perkara itu tiada, mereka tidak akan mempercayainya. Sesebuah (organisasi) tidak akan bergerak," katanya semasa sesi Closing Wisdom Exchange pada 2nd Wisdom Malaysia Conference 2026 di sini, hari ini.

Mohd Khalis berkata hanya selepas berjaya memenangi hati dan jiwa pekerja, barulah organisasi berkaitan boleh melaksanakan pelan transformasi dan strategi pemulihan perniagaan.

Selain itu, beliau berkata kepimpinan yang berkesan juga memerlukan pengurus berkomunikasi secara konsisten dengan pekerja dan tidak hanya menunggu sesi penilaian prestasi rasmi.

Beliau berkata pemimpin transformasi tidak seharusnya bergantung sepenuhnya pada kerangka kerja yang dibangunkan oleh perunding, sebaliknya memahami kenyataan yang dihadapi oleh pekerja di lapangan melalui penglibatan secara langsung.

Persidangan yang dianjurkan oleh Kerjaya One PLT itu menjadi platform kepada pemimpin industri semasa dan terdahulu untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan pandangan dengan para pemimpin, pemimpin baharu dan golongan profesional.

 
Back
Top
Log in Register