BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Transformasi Digital Mesti Manfaat Semua, Bukan Hanya Golongan Bandar - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
c1d09e349ad2310bba35b9d41fcc23b069ec968a54e50


Agenda transformasi digital negara mesti memberikan manfaat kepada majoriti rakyat secara menyeluruh dan bukan hanya tertumpu kepada segelintir golongan seperti warga bandar dan berpendapatan tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak mahu wujud jurang digital antara golongan kaya di bandar dengan masyarakat luar bandar yang kurang akses kepada teknologi.

Beliau berkata kemasukan pelaburan besar daripada syarikat antarabangsa seperti Infineon, Nvidia dan Geely juga perlu diterjemahkan kepada peluang pekerjaan serta peningkatan ekonomi rakyat pada semua peringkat.

“Rakyat kita mesti diberi pendedahan, jangan ketinggalan. Negeri-negeri maju, cakap soal teknologi baharu, digital dan AI (kecerdasan buatan) tetapi jangan menyebabkan kesenjangan … orang yang kaya di bandar (sahaja) dapat pendedahan

“Pembangunan ini mesti jamin keadilan bagi ramai, bukan kelompok kecil. Ini cabaran kita, bagaimana nak jamin teknologi kita kuasai manfaat semua orang,” kata beliau pada Majlis Pengiktirafan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) di NADI Kubang Semang, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abdul Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah dan Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Sehubungan dengan itu, Anwar menekankan kepentingan pendedahan awal kepada teknologi digital dalam kalangan pelajar serta memastikan akses pendidikan berkualiti dinikmati secara menyeluruh.

Beliau berkata pendemokrasian akses pendidikan berkualiti termasuk dalam bidang digital penting supaya semua lapisan masyarakat mendapat peluang yang sama.

Sementara itu, Perdana Menteri memuji inisiatif MCMC berhubung Program e-Tuisyen Rakyat yang dilaksanakan di NADI, yang menyediakan kelas tambahan percuma menggunakan kemudahan digital yang membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik.

 
Back
Top
Log in Register