BTC USD 84,250.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Transformasi Kampung Kerinchi

PM lawat Residensi Kerinchi

WhatsApp_Image_2017-02-27_at_10.47.40_AM.jpeg.transformed.jpg

DATUK Seri Najib Razak, melawat ruang pameran ketika majlis perasmian Residensi Kerinchi dan Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Lembah Pantai, Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur, pagi ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi meluangkan masa melawat Residensi Kerinchi, kediaman moden bersepadu yang dibina khusus untuk penduduk awal mendiami kawasan Bukit Kerinchi.

Perdana Menteri turut meninjau kemudahan yang dibina di pangsapuri untuk kemudahan penduduk seperti surau, medan selera, taman permainan, taska, dewan serba guna dan kolam renang sempena Majlis Perasmian Residensi Kerinchi dan Kenduri 1Wilayah Persekutuan.

Beliau diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Tan Sri Noh Omar; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Residensi Kerinchi dibina oleh Sez Domaind Sdn Bhd bagi menggantikan Rumah Pangsa Kampung Kerinchi, rumah pangsa tiada bilik atau satu bilik setinggi empat tingkat dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada tahun 1972.

Rumah pangsa berkenaan dirobohkan empat tahun lalu dan digantikan dengan pembinaan pangsapuri moden setinggi 18 tingkat yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air akan memberikan keselesaan kepada seramai 472 bekas penghuninya.


http://www.bharian.com.my/node/253574

harga seunit? starting 350k. #:-S
 
Sejarah yang perlu dibaca oleh semua bansa di Malaysia.

Supaya tidak lupa asal usul mereka.
 
Baru balik dari Kampong Kerinci makan Roti Canai......memang Transformasi, dah tinggal sikit aje kg Melayu belakang Angkasapuri.Malah ada Area Kg Kerinci dah bertukar nama dgn panggilan Bangsar South.Warga Melayu patut berbangga dgn keadaan Kondo Moden di Sekeliling Kampong Kerinci.Warga CG boleh melawat dan melihat sendiri Transformasi Kg Kerinci.
 
Last edited:
pembangunan kawasan kerinchi dan pantai dalam antara agenda utk halau melayu dari kwsan bandar.....jual rumah yg org melayu x mampu beli....

braderrrr(voice-zakir naik).. local chinese already done that at nibong tebal.. now chinese try to invade parit buntar n bagan serai.. :mad:
 
Jangan nak salahkan Cina...Pemimpin Pilitik Malaysia dr dulu di Tunjang oleh Melayu Umno.Lihat saja Contoh Kes Penukaran Status Bumiputera Exco Johor yg sekarang di siasat SPRM.Ini bukan kes baru.Perkara Pengkhinatan bangsa Melayu ni telah lama berlaku tapi tak pe..arahkan Macai salahkan Cina dan DAP saja.Kan senang...
 
Jangan nak salahkan Cina...Pemimpin Pilitik Malaysia dr dulu di Tunjang oleh Melayu Umno.Lihat saja Contoh Kes Penukaran Status Bumiputera Exco Johor yg sekarang di siasat SPRM.Ini bukan kes baru.Perkara Pengkhinatan bangsa Melayu ni telah lama berlaku tapi tak pe..arahkan Macai salahkan Cina dan DAP saja.Kan senang...

Indeed. Xhabis2 tuding jari kat pihak lain. Apa daa.
 
Back
Top
Log in Register