BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kampung 'ghaib' 30 tahun muncul kembali

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266






Madrid: Sebuah perkampungan di Aceredo di Sepanyol, yang sebelum ini 'lenyap' selama 30 tahun kerana pembinaan empangan, kini dapat dilihat semula.
Ia selepas kemarau menyebabkan paras air empangan berkenaan turun mendadak.

Mirror UK melaporkan kawasan kampung yang tenggelam itu dapat dilihat selepas kawasan berkenaan tidak dilanda hujan selama hampir dua bulan.
Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk melihat bumbung bangunan di permukaan empangan Lindoso di barat laut Sepanyol itu.
Penduduk tempatan dapat melihat kereta berkarat dan jalan lama.

PERKAMPUNGAN di Acredo ‘timbul’ selepas air di empangan turun mendadak akibat kemarau. FOTO Reuters
PERKAMPUNGAN di Acredo ‘timbul’ selepas air di empangan turun mendadak akibat kemarau. FOTO Reuters

Ketika musim kemarau, kampung lama itu akan muncul semula selepas ditenggelami 30 tahun lalu selepas pembinaan empangan hidroelektrik sebelum ini menyebabkan kampung itu tenggelam.

Bagaimanapun, kini adalah musim sejuk, tetapi hampir keseluruhan kawasan kampung itu dapat dilihat.
Kapasiti empangan itu pada masa ini hanya 15 peratus.
Ia sekali gus mendedahkan bangunan dan struktur di kampung berkenaan.
Pesara Maximino Perez Romero, 65, berkata dia berasa seperti sedang menonton filem.

 
kuasa allah.
 
Xpyh pi jauh, kt dlm Malaysia boleh kata setiap empangan ada ja kmpg di tenggelamkan....aritu empangan pedu muncul blk kmpg lama sebab kamarau kn
 
mesia pun ada. seram juga tenggelam camtu jer
 
Back
Top
Log in Register