hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Pada 13 September ditahun 1972, telah berlakunya satu tragedi hitam yang menyedihkan seluruh rakyat Malaysia. Sebuah Feri yang memuatkan sebuah Bas sekolah telah karam di Sungai Kerian. Peristiwa ini berlaku sewaktu hujan turun dengan lebatnya sehinggakan arus sungai yang kuat telah menyebabkan tali kabel feri antara kedua-dua tebing putus.
Akibat dari insiden tersebut, kira kira 27 orang termasuk 25 orang pelajar telah terkorban. 17 daripadanya adalah terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah Methodist Parit Buntar dan selebihnya adalah pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ( Cina) Kerian.
Berikutan peristiwa tersebut, Perkhidmatan feri yang menghubungkan Parit Buntar dengan Bandar Baharu itu dihentikan serta merta. Kerajaan negeri juga pada ketika itu, bertindak pantasnya menjalankan projek pembinaan Jambatan Sultan Idris pada tahun berikutnya untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang.
Disebalik peristiwa ini, tersimpan satu kisah pilu yang semakin dilupakan dan wajar untuk dibangkitkan kembali. Ianya adalah cerita tentang keberanian seorang individu yang diangkat sebagai wira yang gugur nyawanya selepas membantu menyelamatkan mangsa feri karam tanpa mengira bangsa dan agama. Individu tersebut adalah pemandu feri yang karam itu sendiri bernama S Annamalai.
Mendiang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana terlalu penat setelah berhempas pulas menyelamatkan seramai 7 orang pelajar berbangsa Cina yang lemas sewaktu feri sedang karam.
Sumber
Internet