hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Justeru, mahkamah memerintahkan pihak Chisso Corporation membayar ganti rugi kepada penduduk di Minamata.
Pada masa sekarang, tuntutan mahkamah terhadap kes ini masih lagi berjalan. Golongan terawal yang telah dijangkiti bahan tercemar ini kini sudah ramai yang meninggal dunia. Jika hidup pun, sudah berusia 70 tahun ke atas.
Manakala golongan yang dilahirkan cacat akibat bahan tercemar ini kini sudah berusia 40 tahun ke atas dan kebanyakannya menjalani hidup yang sukar dengan tahap kesihatan yang kian merosot.
Sumber
Internet
SEKITAR pertengahan tahun 1950-an, kawasan pinggir pantai laut Shiranui, Minamata di Jepun tiba-tiba gempar apabila kebanyakan kucing di kawasan berkenaan berubah menjadi gila dan menghumbankan diri ke dalam laut. Perlakuan aneh kucing-kucing tersebut mendatangkan kehairanan kepada penduduk tempatan.
Tidak lama selepas kejadian pelik itu, tiba-tiba penduduk tempatan mengalami masalah fizikal yang ketara. Ada antara mereka mengalami kekejangan tubuh badan terutamanya di bahagian bibir dan beberapa anggota lain seperti kaki dan tangan. Sebahagiannya pula mengalami masalah pendengaran dan penglihatan.
Perubahan mendadak ini bukan sahaja mendatangkan kehairanan kepada penduduk tempatan tetapi juga seluruh Jepun. Tambah membingungkan, bukan sahaja muncul pelbagai penyakit ganjil, tetapi ada juga di kalangan penduduk setempat yang menjadi gila dan menjerit-menjerit seperti terkena sawan.
Bimbang dengan keadaan itu, kerajaan Jepun telah mengeluarkan notis kepada semua penyelidik perubatan supaya mengkaji punca kejadian tersebut.
Hasil kajian mendapati, kemunculan gejala aneh berkenaan dikenali sebagai sindrom Minamata, iaitu sejenis penyakit yang menjejaskan sistem saraf manusia dan haiwan. Tetapi, bagaimana ia boleh berlaku dan apakah puncanya?
Setelah pelbagai kajian dilakukan, hanya satu faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku. Satu perkara yang menjadi persamaan bagi penduduk di kawasan terbabit adalah sumber makanan utama mereka ialah ikan.
Pola pemakanan penduduk di situ diambil sebagai hipotesis. Kesimpulannya, para saintis mendapati ikan di laut Minamata telah diracuni.
Dari mana merkuri organik itu muncul?
Laut Minamata mempunyai keluasan sekitar 1,200 kilometer persegi. Hampir 200 ribu orang penduduk di situ menjadi nelayan dan melakukan pekerjaan yang berkaitan dengan perikanan. Hasil tangkapan laut menjadi sumber makanan utama penduduk di situ.
Setelah diselidiki, akhirnya pihak marin Jepun mendapati pihak Chisso Corporation telah membuang hampir 27 tan sebatian raksa ke laut Minamata sejak kilang itu ditubuhkan.
Kesan daripada bahan kimia tercemar di lautan telah menyebabkan metil merkuri berbahaya terkumpul dalam ikan, sotong, kerang dan hidupan laut lain. Kesan daripada memakan ikan dan makanan laut lain yang tercemar telah mengundang bahaya, menyebabkan gangguan saraf pada manusia.
Pada tahun 1962 sahaja, hampir sebahagian bayi yang dilahirkan di Minamata telah dikesan mengalami cacat anggota badan seperti pekak, buta, terencat akal dan pertumbuhan tidak sempurna.
Menurut kumpulan penyelidik khas penyakit Minamata yang diketuai Profesor Masazumi Harada mendapati, ibu mengandung yang memakan makanan laut tercemar dengan metil merkuri telah meracuni bayi dalam kandungan melalui plasenta ibu.