TokCu
Legendary Member

- Messages
- 11,155
- Joined
- Jul 25, 2011
- Messages
- 11,155
- Reaction score
- 542
- Points
- 161
Kampung Lundang adalah salah satu dari perkampungan melayu yang tua di dalam zon bandar Kota Bharu, Ibu Negeri Kelantan sekarang. jika dihitung usianya mulai dari tahun pembukaanya pada tahun 1762 sehingga tahun 2012, usianya sudah pun mencecah 250 tahun. sama juga dengan Perkampungan-perkampungan Melayu yang lain, Kampung Lundang juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Asal-usul nama Kampung Lundang ini beroleh namanya daripada beberapa pendapat atau sumber lisan. pendapat pertama mengatakan bahawa nama Kampung Lundang ini beroleh namanya dari sebab kedapatan suatu pokok yang bernama pokok Lundang.
Pendapat kedua pula mengatakan ia beroleh namanya sempena kawasan tanah atau bentuk muka buminya yang berbentuk tebing tinggi dan rendah (Tanah tinggi yang menurun kebawah) dan hasil daripada bentuk ini lalu dipanggilah ianya Lundai atau Landai. daripada perkataan Lundai atau Landai inilah lama kemudian di''Bahasakan'' oleh penduduk Tempatan menjadi satu dialek Kelantan menjadi ''Lunde''(Lundang).
Pendapat ketiga pula mengatakan perkataan Lundang ini adalah salah satu Dialek bahasa yang banyak digunakan pada zaman dahulu kala. maksud kepada perkataan Lundang ini iaitu kawasan sepanjang tebing Sungai yang rata serta lembah yang mendatar luas dan keadaan bentuk muka buminya yang berlopak.
Diantara ketiga-tiga pendapat ini nampaknya arah ketepatan kepada maklumat atau sumber yang tepat adalah lebih cenderung kepada pendapat yang ketiga itu. ini kerana pendapat yang ketiga ini disokong dengan satu fakta yang sekurang-kurangnya tidak mudah disanggah. iaitu yang terdapat didalam siri koleksi Warisan Melayu, Buku Katan Kamus Melayu oleh Hj.Muhammad Said Hj. Sulaiman terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka 1997 muka surat 853 (edisi jawi) ada menyebut perkataan Lundang iaitu bermaksud kawasan tanah leku' tempat (kawasan) air bertakung kemudian jadi lubuk yang cetek.
Bukti atau kesan kapada kedua-dua kenyataan diatas iaitu pendapat ketiga dan sumber daripada Buku Katan Kamus Melayu ini boleh dilihat hingga kini dibeberapa kawasan khususnya dibahagian pinggiran Sungai Lundang antaranya dibawah lembah Kampung Lundang dan Kampung Bawah Lembah Bunut Payong serta kawasan sekitar Taman Restu dan Kampung Belukar. Nah! nampaknya dalam hal ini boleh lah dikatakan disini bahawa pendapat pertama dan kedua ini lebih kepada ''kenyataannya'' yang tersasar dan melulu.
Salah satu Lubuk yang masih terdapat sehingga sekarang dan ianya terletak berhampiran Pingiran Sungai Lundang diKampung Bawah Lembah Bunut Payung. kebanyakkan Lubuk-lubuk dikawasan lain termasuk diBawah Lembah Kampung Lundang sekarang sudah tertimbus
Menurut riwayat, pada zaman awal perkembangan Kampung Lundang ini wujud, Kampung Lundang dahulu ini aslinya terletak dibawah lembah Kampung Lundang sekarang dan ia menghadap kearah sungai Lundang atau sekarang disebut Sungai Lubuk Mulong yang merupakan jalan perhubungan utama serta laluan perdagangan maritim yang penting pada waktu itu yang menghubungkan Sungai Kelantan melalui Sungai Pengkalan Galuh @ Pengkalan Leser Kampung Sireh disebelah barat dengan Laut melalui Sungai Pengkalan Datu dan Kuala Pantai Kemenyan disebelah timur.
Selain daripada kawasan Bawah Lembah Kampung Lundang sekarang, dimana kawasan Kampung Lundang Dahulu ini meliputi Kampung Paya Senang, Kampung Belukar, sekitar kawasan Taman Restu dan Kampung Bawah Lembah Bunut Payong serta ia melebar hingga keSekolah Kebangsaan Bunut Payung sekarang yang mana pada waktu itu nama-nama tempat tersebut belum wujud.
Namun demikian, didalam aspek Penempatan Masyarakat Kampung Lundang Dahulu ini, ia lebih tertumpu dibahagian Kawasan Bawah Lembah Kampung Lundang sekarang, Kampung Bawah Lembah Bunut Payung, Kampung Belukar dan sekitar Kawasan Taman Restu. bukti dengan kependudukan masyarakat Kampung Lundang dahulu ini boleh dibuktikan dengan adanya beberapa kubur lama setakat yang dapat dikesan yang mana sesetengahnya masih digunakan lagi yang kebanyakannya terdapat dibawah lembah iaitu kesemuanya empat tempat, iaitu dua tempat terletak dibawah lembah Kampung Lundang dan satu lagi terletak diatas tebing iaitu berhampiran dengan tebing Bawah lembah dibahagian sebelah paling timur Kampung Lundang iaitu terletaknya Makam Raja-Raja Lundang dan manakala satu tempat lagi juga dibawah lembah iaitu dibahagian selatan kawasan Taman Restu yang mana kesemuanya adalah terletak dalam Mukim Lundang sekarang .
PEMERINTAHAN TRADISIONAL LUNDANG
Sejarah telah merakamkan bahawa Kampung Lundang telah dibuka atau diasaskan pada tahun 1762 oleh seorang ternama yang masyhur dalam sejarah Kelantan iaitu Mandor Mis atau nama sebenarnya Tuan Khomis kekanda kepada Che' Tuan Mah (Isteri Penghulu Adas), Tuan Wan Mamat dan Tuan Membunga iaitu putera-puteri kepada Tuan Kundur ibni Al-marhum Tuan Besar Long Baha pemerintah Kelantan 1725-1733 dengan isterinya yang kedua iaitu Raja Pah Ibni Al-marhum Sultan Omar Jembal 1675-1721.
Mandor Mis yang bergelar Dato' Maharaja Wangsa adalah jadi Penghulu Menteri iaitu diagakkan sebagai Timbalan kepada Perdana Menteri Long Gafar serta menjadi Raja didalam Kampung Lundang yang telah dikurniakan oleh DYMM Sultan Long Yunus selepas disytihar Baginda menjadi pemerintah negeri Kelantan. pada waktu Mandur Mis menjadi Raja Kampung Lundang telah melantik orang kanannya yang bernama Awang Besar menjadi Penghulu yang pertama diKampung Lundang. pada tahun 1790 selepas daripada mangkatnya Al-marhum Mandor Mis, kampung Lundang tidak lagi mempunyai Rajanya sehinggalah tahun 1800 apabila putera Al-marhum Mandor Mis yang sangat masyhur juga dalam sejarah Kelantan itu iaitu Wan Mahmud telah dijadikan oleh DYMM Sultan Muhammad-I sebagai Pembesar bergelar Dato' Panglima Perang Lundang merangkap sebagai Raja Daerah Lundang yang berpusat pemerintahanya dikampung Lundang dengan biasa pula dipangil orang ianya Dato' Panglima Perang. berikut dibawah adalah susunan pembesar peringkat pusat di Kelantan dapat dilihat apabila Sultan Muhammad I melantik 7 orang pembesar terpenting iaitu:
1. Long Jenal digelar Raja Bendahara
2. Long Ismail digelar Raja Muda
3. Long Yusof digelar Raja Bukit Panchor
4. Long Muda digelar Engku Kota
5. Long Tan digelar Raja Temengong Aria Pahlawan
6. Wan Mahmud digelar Dato Panglima Perang Lundang
7. Wan Abdullah digelar Dato Kaya Hulubalang Kadok
Selepas Dato' Panglima Perang mangkat pada tahun 1830 tempatnya telah digantikan oleh puteranya iaitu Wan Sulong @ Wan Muhammad dengan gelaran Dato' Panglima Perang Lundang yang ke-II dan dipangil masyhur Dato' Mekong iaitu singkatan dari gelaran Siam ''Phra Chou Mekong Phaya Lundang'' sehingga mangkat pada tahun 1846. selepas daripada Dato' Mekong mangkat,maka DYMM Sultan Muhammad-II telah melantik puteranya iaitu Wan Senik Besar @ Wan Nik pula memerintah Daerah Lundang dengan bergelar Dato' Panglima Perang Lundang yang ke-III dan dipangil rakyat dengan nama Dato' Besar sehingga mangkat pada tahun 1867 dan digantikan oleh menantu Dato' Besar iaitu Wan Musa Bin Wan Sulaiman bergelar Dato' Panglima Perang Lundang yang ke-IV yang sangat masyhur dikalangan rakyat dengan dipangil dengan nama Dato' Lundang.
Dan untuk pengetahuan pembaca sekelian, bahawa Mufti Hj.Wan Ishak Bin Imam Hj.Abdullah atau biasa juga dipangil Mufti Tok Pelanduk iaitu Mufti dizaman awal Pemerintahan DYMM Sultan Muhammad-IV yang mengantikan Mufti Hj.Nik Wan Daud pada tahun 1907 adalah dari keturunan Al-marhum Dato' Besar sebelah ibunya yang bernama Wan Minah Binti Wan Ishak (Orang Kaya Lundang) Bin Wan Senik Besar @ Wan Nik (Dato' Besar).
KEWUJUDAN KAMPUNG LUNDANG MODEN SERTA KAMPUNG BARU AKHIR ABAD KE19
Pada waktu zaman pemerintahan Dato' Lundang memerintah Daerah Lundang, khususnya pada Kampung Lundang telah mengalami kemajuan dan pola perubahan penempatan yang ketara dimana salah satunya ialah pembukaan kawasan baharu penanaman padi iaitu kawasan yang sekarang ini bermula dari My Bank Lundang hingga keKampung Bayam mengantikan tempat lama iaitu kawasan tebing sungai Lundang yang telah tercemar, tidak selamat serta berpenyakit akibat daripada ternakan mati dan reput natijah daripada Peristiwa Angin Besar diKelantan tahun 1880 dan diikuti bencana Alam berikutnya pada tahun 1881 hingga tahun 1884 atau sesetengah riwayat pula menyebut hingga tahun 1886 yang mana telah menyebabkan terjadinya Wabak penyakit berjangkit seperti Taun, malaria dan lain-lain lagi.
Akibat daripada peristiwa ini, kebanyakan penduduk Kampung Lundang Dahulu ini terutama penduduk dikawasan bawah lembah Kampung Lundang sekarang dan dikawasan sekitarnya telah berbuat penempatan baru (berpindah daripada kawasan bawah lembah kapada kawasan tanah tinggi atau darat) yang sekarang inilah terletaknya Kampung Lundang iaitu Kampung Lundang Moden. dan pada waktu terkemudian daripada itu, baharulah penduduk Kampung Lundang Dahulu khususnya dibahagian barat telah berpecah serta wujud menjadi beberapa kelompok masyarakat akibat kesan disebabkan terpisahnya daripada pengaruh Pentadbiran Penghulu Kampung Lundang Moden itu sendiri,
Seterusnya daripada beberapa kelompok itu, maka timbullah nama-nama kampung yang baharu secara berperingkat-peringkat seperti kewujudan kepada nama Kampung Bawah Lembah Lundang (sekitar kawasan taman restu sekarang), Kampung belukar, Kampung Paya Senang dan Kampung Bawah Lembah Bunut Payong (pecahan daripada Kampung Bawah Lembah Lundang pada awal abad ke20). walaubagaimana pun keempat-empat Kampung ini masih lagi terletak didalam Daerah Lundang yang dibawah pemerintahan Dato' Lundang termasuk Kampung Bunut Payong yang dibuka pada akhir abad ke19 yang berawal sebagai sebuah unit Kampung kecil yang terletak disekitar kawasan Masjid Mukim Bunut Payung hingga kesekitar sebelah barat kawasan Madrasah Ahmadiah sekarang.
Pada tahun 1909 akibat daripada Perjanjian British-Siam maka peranan corak pemerintahan tradisional Daerah Lundang telah ditukar dan berubah kepada corak pentadbiran moden yang dibawa oleh Penasihat British diKelantan. akibat daripada peristiwa ini, Dato' Lundang telah diberi pencen seumur hidup, walaubagaimana pun pengaruh Pembesar Lundang ini masih kuat dan sangat diperlukan oleh kerajaan dalam mengendalikan beberapa perkara penting sehinggalah mangkat dalam tahun 1926 dan dimakamkan ditanah perkuburan besar kampung Lundang bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Lundang sekarang. dengan ini selepas dari tahun 1909 secara rasminya Daerah Lundang telah ditadbir secara moden yang diketuai oleh seorang Ketua Daerah bergelar Tok Kweng atau sekarang dipanggil Penggawa sehinggalah pada tahun dekad 1970 apabila Daerah Lundang telah dipecah dan digantikan menjadi Daerah Kubang Kerian.
Kemudian, pada tahun-tahun 90an Kerajaan Kelantan melalui Majlis Perbandaran Kota Bharu serta berkat usha gigih beberapa orang Aktivis Kampung Lundang telah menamakan sebatang Jalan Raya mulai dari simpang tiga hadapan Kompleks Balai Islam Lundang hingga ke simpang empat Kampung Cerang (dahulunya dipanggil Jalan Ya'cobiah) dengan nama Jalan Dato' Lundang. penamaan ini adalah bagi maksud mengabdikan nama Tokoh ini serta menghargai jasa-jasa besarnya didalam membangunkan negeri kepada kalangan masyarakat Kelantan umumnya serta rakyat Malaysia amnya.