TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
DULU. Seramai 900 penuntut baru Universiti Malaya melawat dan melakukan kerja amal di sekitar Kampung Kerinchi (Gambar 30 Mac 1972)
KINI. Kawasan itu kini digantikan dengan beberapa Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR)
DULU. Suri rumah melakukan rutin harian dengan membasuh pakaian sementara kanak-kanak menunggu untuk mandi di longkang besar di kawasan setinggan Kampung Kerinchi (Gambar dirakam pada 17 April 1972)
KINI. Longkang besar yang menjadi tempat mandi dan membasuh baju penduduk suatu ketika dahulu
DULU. Kejadian banjir yang melanda sekitar Kampung Kerinchi dan Kampung Haji Abdullah Hukum serta Jalan Bangsar (Gambar pada 5 Januari 1971)
KINI. Kawasan banjir kini didirikan Menara Telekom (TM)
DULU. Anggota tentera bekerjasama dalam projek gotong-royong membaiki jalan dan longkang di Unit Bukit C, Kampung Kerinchi (1977)
KINI. Penempatan setinggan yang masih ada berhampiran Menara Telekom (TM)
Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, dibuka sekitar tahun 1890-an oleh Abdullah Hukum dan pengikutnya selepas mendapat kebenaran daripada Raja Laut untuk meneroka kawasan Sungai Putih (kini Jalan Bangsar)
Ketika tinggal di Sungai Putih, Abdullah Hukum yang berasal dari Kerinchi, Sumatera, membuka Bukit Candi Putra (kini Bukit Putera) yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi
Beliau kemudian dilantik menjadi Ketua Kampung Sungai Putih dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang
Ketika menjadi ketua kampung, Abdullah Hukum berjaya menyatukan tiga kaum utama di situ - Melayu, Cina dan India. Sebagai menghargai kejayaannya, jalan utama di situ dinamakan sebagai Jalan Bangsa, sempena penyatuan ketiga-tiga kaum. Bangsa kemudian bertukar menjadi Bangsar
Hasil usahanya, Kampung Kerinchi yang namanya diambil sempena tempat kelahiran Abdullah Hukum menjadi perkampungan utama dan terluas di Kuala Lumpur. Selepas mengalami transformasi pembangunan yang drastik, ia menjadi projek pembangunan hartanah berintegrasi di pinggiran Kuala Lumpur. Kerinchi juga kini lebih dikenali sebagai Bangsar Selatan (Bangsar South)
Beberapa mercu tanda Kuala Lumpur kini menghiasi kawasan Kerinchi antaranya bangunan Telekom Malaysia dan bangunan Angkasapuri di Bukit Putra
Kampung Kerinchi yang bersempadan dengan Petaling Jaya menjadi kawasan pilihan penempatan pelajar yang menuntut di kampus induk Universiti Malaya
Sejak tahun 2005, beberapa projek perumahan di kawasan lingkungan berhampiran Kerinchi mula dibangunkan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), apartmen dan flat mampu milik seperti Apartmen Vista Angkasa, Kampung Kerinchi dan Flat Sri Angkasa
Usaha menaik taraf Kampung Kerinchi turut membawa kepada projek melebarkan jalan utama, jejantas berbumbung yang menghubungkan Stesen LRT Kerinchi ke Kompleks Bangsar South dan kerja pemetaan landskap kontemporari
Sumber