BTC USD 84,376.5 Gold USD 4,112.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tragedi Pergi Sekolah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,842
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,842
Reaction score
7,756
Points
916
09.05.2019 - Pasir Puteh, Dua pelajar perempuan maut manakala seorang cedera selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta di Kampung Pasir Puteh di sini hari ini.

Mereka bertiga adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat ketika itu dalam perjalanan ke sekolah.

Dalam kejadian jam 7.24 pagi tadi, Siti Norhanim Alia Hamid, 17, yang menunggang motosikal bersendirian maut di tempat kejadian.

Rakan mangsa, Nor Asmidar Iliana Abdullah, 17, pula menunggang motosikal lain bersama adiknya meninggal dunia di Hospital Tumpat.

Adik mangsa yang membonceng, Puteri Balqis Abdullah, 13, cedera dan dikejarkan ke Hospital Tumpat.

Screenshot-262.jpg

Screenshot-262.jpg

Screenshot-262.jpg

Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...elajar-SMK-Chabang-Empat-maut-dirempuh-kereta
 
Ayah Sempat Ajar Anak Mengucap

10.05.2019 - Tumpat, "Saya sempat ajar anak mengucap ketika dia nazak, dia sebut ALLAH..ALLAH...sebelum menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya," kata ayah kepada mangsa kemalangan melibatkan dua pelajar sekolah maut di KM12 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dekat Kampung Pasir Puteh di sini pagi tadi.

Hamid Sulong, 63, sempat bersama anaknya, Siti Nor Hanim Alya, 17, buat kali terakhir apabila mangsa yang menunggang motosikal terkorban dirempuh kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Menurutnya, dia mendapat tahu anaknya kemalangan selepas dihubungi saudara dan terus bergegas dari rumah di Kampung Nechang ke lokasi kejadian.

"ALLAH sahaja tahu perasaan saya melihat anak terbaring di dalam parit, saya terus pangku dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah," katanya.

Menurutnya lagi, kelakuan Allahyarham pelik hari ini kerana meminta izin mahu menunggang motosikal sendiri ke sekolah.

"Biasanya saya hantar dia setiap pagi, tetapi hari ini dia nak bawa sendiri motor kerana mahu singgah di rumah kawan ambil tudung waktu pulang sekolah.

"Saya sempat berpesan padanya supaya bawa motor elok-elok sewaktu dia salam dan cium tangan saya ketika turun dari rumah," katanya.

Katanya, ALLAH lebih menyayangi anaknya yang merupakan anak ke-15 daripada 16 beradik apabila perginya di bulan Ramadan.

Katanya, jika itu ketentuan Ilahi walau pun pahit untuk ditelan, dia harus reda.

Hamid sedih menerima berita kematian anaknya, Siti Nor Hanim yang maut dirempuh kereta di Kampung Pasir Puteh.

Kemalangan jam 7.24 pagi tadi turut meragut nyawa rakan sekelasnya, Noor Asmida Ellyana Abdullah, 17, yang menunggang motosikal lain bersama adiknya.

Adik mangsa yang membonceng, Puteri Balqis Abdullah, 13, cedera di kepala, patah kaki dan dirawat di Hospital Tumpat.

Siti Nor Hanim Alya maut di tempat kejadian kira-kira 200 meter dari sekolah dan rakannya, Noor Asmida Ellyana disahkan meninggal dunia di Hospital Tumpat.

Ketiga-tiga mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud mengesahkan kemalangan tersebut.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa menaiki dua motosikal dari arah Pengkalan Kubur ke SMK Chabang Empat.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Honda Accord dari arah Chabang Empat hilang kawalan dan masuk ke laluan jalan bertentangan.

"Kereta terbabit merempuh mangsa, Siti Nor Hanim Alya yang menunggang motosikal Honda Dash dan rakannya Noor Asmida Ellyana menunggang Yamaha Ego S bersama adiknya," katanya.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit menghilangkan diri dan meninggalkan kereta sejauh 150 meter dari lokasi kejadian kerana mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan pihaknya sedang mengesan pemandu terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

304105.jpg

Berita asal https://www.sinarharian.com.my/article/27268/BERITA/Tragedi/Ayah-sempat-ajar-anak-mengucap

xde update tangkapan ke? driver da terang2 niat nk lari sbb keta da jalan 150meter dr lokasi.. tetiba keta x boleh jalan, driver lari tinggalkan keta..
 
ramainy anak dia, anak ke 15 daripada 16. driver tu lari pegi balai polis kot, kalo stay sah² kena pukul ngn org kampong.
 
semoga dijadikan iktibar...
berhati2 lah dijalan raya...
 
ramainy anak dia, anak ke 15 daripada 16. driver tu lari pegi balai polis kot, kalo stay sah² kena pukul ngn org kampong.

ada mungkin jugak tuan... kalo dia lari pun...tak leh nak kena jugak.
 
Back
Top
Log in Register