combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,617
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,617
- Reaction score
- 351
- Points
- 141
Farel pergi ke sekolah pada pukul 3 pagi (waktu tempatan) setiap hari. - Istimewa
JAKARTA – Seorang murid berumur tujuh tahun di Sigi, wilayah Sulawesi Tengah mengundang perhatian orang ramai apabila gemar pergi ke sekolah pada pukul 3 pagi kerana bimbang terlewat, lapor laman berita Detik.
Kanak-kanak dikenali sebagai Farel itu merupakan murid di Sekolah Dasar Negeri (SDN) 1 Soulowe.
Bapa saudara murid tersebut, Isman berkata, dia akan menghantar Farel ke sekolah pada pukul 3 pagi (waktu tempatan) setiap hari.
“Farel akan bangun pada pukul 1 pagi (waktu tempatan) untuk bersiap. Walaupun waktu persekolahan masih jauh, dia tetap berkeras untuk keluar awal kerana bimbang lambat,” katanya.
Isman menambah bahawa jarak dari rumah ke sekolah hanya sekitar 1 kilometer.
“Jaraknya menjadi antara 700 hingga 800 kilometer jika kami menggunakan jalan pintas,” tambah Isman. – AGENSI
Murid pergi sekolah pukul 3 pagi, bimbang lambat
JAKARTA - Seorang murid berumur tujuh tahun di Sigi, wilayah Sulawesi Tengah mengundang perhatian orang ramai apabila gemar pergi ke sekolah pada pukul 3 pagi kerana bimbang terlewat, lapor laman berita Detik. Kanak-kanak dikenali sebagai Farel itu merupakan murid di Sekolah Dasar Negeri (SDN) 1...
www.kosmo.com.my