BTC USD 84,304.0 Gold USD 4,274.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~ Tragedi Pemikiran Melayu ~

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa
Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka
menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.

Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-
Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan
bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk
berdepan dengan Majapahit.

Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang
Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi
ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.
Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British
menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai
folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.

Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja
dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini
semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.

Oleh: Prof DiRaja Ungku Aziz.
 
skang pun sudah banyak berlaku..P.Ramlee banyak menyindir golongan2 nih.."I nak kirim duit pada mother i di kampung" :))
 
Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi
- daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh
Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan
media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu
pada dekad-dekad terakhir ini.

Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.
 
setuju dengan ape yang UNGKU AZIZ cakap....kene batang idung sape ntah
 
budak skolah pon ramai perlekeh kan bahasa melayu art2 form melayu tapi mengaung kan bahasa ingris dan art2 dari ingris
 
budak skolah pon ramai perlekeh kan bahasa melayu art2 form melayu tapi mengaung kan bahasa ingris dan art2 dari ingris

bangga dgn peninggalan penjajah. ertinya minda masih tjajah secara literal dan budaya pribumi terpinggir dan mengecil.

ahhh....camana inginkn futuristik idea...?
tolong che det..............................:o:o:o:o
 
melayu malas kat bumi sendiri
try p lempaq masuk negara org
terpencil sensorang kat sana
 
wacana pemikiran dan anganan mat jenin terbius ke halkum bangsa. nazaknya menyirat ke urat nadi kehidupan melayu baru yg penuh tantangan dan problem. inilah bangsa merdeka kita!
 
Back
Top
Log in Register