wanzex
CG Top Poster Club

- Messages
- 35,552
- Joined
- Jul 12, 2006
- Messages
- 35,552
- Reaction score
- 1,107
- Points
- 191
KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa
Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka
menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.
Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-
Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan
bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk
berdepan dengan Majapahit.
Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang
Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi
ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.
Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British
menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai
folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.
Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja
dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini
semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.
Oleh: Prof DiRaja Ungku Aziz.