BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tragedi berdarah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_middle

SEBAK...isteri ahli perniagaan (kiri) ditenteramkan kenalan, semalam.

SIBU: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak ditemui mati bergelimpangan di dapur dan bilik tidur dengan tiga daripada mereka pecah kepala dan ada kesan kelar di leher dalam kejadian pembunuhan kejam di sebuah rumah di Jalan RTM, di sini, semalam.

Tragedi berdarah di rumah teres dua tingkat didiami enam sekeluarga itu dikatakan berlaku ketika penghuninya baru bangun daripada tidur sebelum mereka dipercayai diserang beberapa individu tidak dikenali di dalam rumah itu, kira-kira jam 7.30 pagi.

Mangsa ialah ahli perniagaan, Ling Tong Hock, 36, dua anaknya, Amy Ling Zi Ju, 7, David Lung Chei Qi, 10, serta ibunya, Leong Nyuk Lan, 76.

Seorang lagi anak Tong Hock, Kelvin Ling Chei You, 8, turut diserang dan kini koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu, manakala isterinya, Li Xiao Lan, 28, dikatakan sempat menyelamatkan diri.


Wanita warga China itu dikatakan melarikan diri melalui tingkap belakang di tingkat dua rumah itu sebelum meniti bahagian penyambung rumah untuk meminta bantuan jiran.


sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Tragediberdarah/Article
 
PDRM - Jangan risau..Kadar jenayah masih rendah di malasyai
TS Musa - perlu satu badan bebas antarabangsa kaji % kadar jenayah di Malaysia
TS Ismail - tak perlu
kita tunggu apa tindakan PDRM klu yg kena tersebut adalah pemimpin teringgi kerajaan dan sekutunya...
 
tiga org pecah kepala...gila la
 
Jenayah makin menjadi2 kat Malaysia ni. PDRM buat apa????
Kes bunuh, rogol dah tahap tak terkawal....
 
Jenayah makin menjadi2 kat Malaysia ni. PDRM buat apa????
Kes bunuh, rogol dah tahap tak terkawal....

PDRM hanya concern ceramah politik PR ja .. yg lain kalo ada masa baru jenguk ..
 
malaysia masih lagi selamat berbanding negara jiran...
 
alahai meraban la bdak2 dalam ni..ko ingat pdrm tu pak guard ke 24 jam dok depan rumah orang tu
 
Back
Top
Log in Register