TokCu
Legendary Member

- Messages
- 11,155
- Joined
- Jul 25, 2011
- Messages
- 11,155
- Reaction score
- 542
- Points
- 161
Tokku Pulau Manis ini dilahirkan di Kuala Berang, semasa tu Kuala Berang ni macam ibu negeri Terengganu lah. Pusat pemerintahan Terengganu berada di Kuala Berang. Ayah Tokku Pulau Manis ni, Syarif Abdullah ataupun Tok Pauh. Makamnya ada di Kg Pauh. Tentang keturunan Tokku Pulau Manis ni banyak versi yang ada tapi saya lebih bersetuju dengan versi keturunan Syarif Muhammad Al-Baghdadi Al-Kamil yang tulis batu bersurat Terengganu. Kisah awal kesultanan Terengganu ni ada hubung kait dengan Merah Silu yang pernah mengadap Khalifah Syarif Muhammad satu masa dahulu. Sebelum Tokku Pulau Manis serah kesultanan Terengganu ke anak murid dia, Sultan Zainal Abidin. Yang ni cukuplah setakat ini saya ulas..
.....
TokCu sebelum ini percaya bahawa Tokku Pulau Manis ini dari keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi yang ada kaitan dengan Batu Bersurat Terengganu.
Bagaimana pun, kajian sejarah telah bersepakat menyatakan bahawa Batu Bersurat itu bertarikh 1303 Masehi.
Hal ini menyebabkan TokCu merasakan kajian salasilah kepada Syarif Muhammad al-Baghdadi ini masih lagi belum lengkap. Ini kerana jarak tempoh lebih kurang 300 tahun (Syarif Muhammad al-Bahdadi - 1300M, manakala Tokku Pulau Manis pula 1600M), mungkin terdapat banyak lagi nama yang masih tertinggal dalam catatan salasilah.
Tokku Pulau Manis bin Tok Pauh bin Abdul Qahhar bin Syarif Muhammad al-Baghdadi ini memberikan telah banyak persepsi kepada TokCu. Yakni, tempoh 300 tahun hanya melahirkan 3 generasi keturunan sahaja...
Last edited: