BTC USD 84,729.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tokku Pulau Manis

Tokku Pulau Manis ini dilahirkan di Kuala Berang, semasa tu Kuala Berang ni macam ibu negeri Terengganu lah. Pusat pemerintahan Terengganu berada di Kuala Berang. Ayah Tokku Pulau Manis ni, Syarif Abdullah ataupun Tok Pauh. Makamnya ada di Kg Pauh. Tentang keturunan Tokku Pulau Manis ni banyak versi yang ada tapi saya lebih bersetuju dengan versi keturunan Syarif Muhammad Al-Baghdadi Al-Kamil yang tulis batu bersurat Terengganu. Kisah awal kesultanan Terengganu ni ada hubung kait dengan Merah Silu yang pernah mengadap Khalifah Syarif Muhammad satu masa dahulu. Sebelum Tokku Pulau Manis serah kesultanan Terengganu ke anak murid dia, Sultan Zainal Abidin. Yang ni cukuplah setakat ini saya ulas..


.....

TokCu sebelum ini percaya bahawa Tokku Pulau Manis ini dari keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi yang ada kaitan dengan Batu Bersurat Terengganu.

Bagaimana pun, kajian sejarah telah bersepakat menyatakan bahawa Batu Bersurat itu bertarikh 1303 Masehi.

Hal ini menyebabkan TokCu merasakan kajian salasilah kepada Syarif Muhammad al-Baghdadi ini masih lagi belum lengkap. Ini kerana jarak tempoh lebih kurang 300 tahun (Syarif Muhammad al-Bahdadi - 1300M, manakala Tokku Pulau Manis pula 1600M), mungkin terdapat banyak lagi nama yang masih tertinggal dalam catatan salasilah.

Tokku Pulau Manis bin Tok Pauh bin Abdul Qahhar bin Syarif Muhammad al-Baghdadi ini memberikan telah banyak persepsi kepada TokCu. Yakni, tempoh 300 tahun hanya melahirkan 3 generasi keturunan sahaja...
 
Last edited:
Kisah Tokku Pulau Manis ni ada kaitan dengan empayar Temir suatu ketika dulu. Di mana baginda adalah pewaris / khalifah terakhir empayar suci Islam di timur jauh.. Moyang baginda ialah Raja Bahgdad, Syarif Muhammad Al-Baghdadi yang datang ke Kuala Berang selepas berlaku perebutan kuasa di sana. Sebelum datang ke Kuala Berang baginda Syarif Muhammad mewujudkan beberapa kerajaan Islam antaranya Muar Lama..

Baginda jugalah yang menukilkan batu bersurat Terengganu dengan jarinya sahaja menurut cerita orang-orang tua. Baginda juga dikenali dengan nama Tok Batu Belah.. Dan makam baginda ada di Kg Pantai Syeikh, Jenagor. Sekarang tempat tu menjadi markas kumpulan tertentu. Empayar agung suatu ketika dahulu seakan lenyap tanpa cerita.. Ada sebab dan asbab kenapa ini berlaku.. Seperti ayat yang dinukilkan di batu bersurat Terengganu:

Di benuaku ini penentu agama rasullulah..


Benar, Tokku Pulau Manis adalah warisan keturunan dari pendiri Kota Temir.

Berkaitan gelaran Tok Batu Belah pula, ia benar merujuk kepada moyang Tokku Pulau Manis. Tetapi bukan gelar untuk Syarif Muhammad al-Baghdadi (Penulis Batu Bersurat 1303M).

... ini adalah berdasarkan kajian TokCu sendiri...
 
Tuan Tasek ni juga leluhur Tokku Pulau Manis.. Bahkan Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas yang datang dari Pattani pon ada darah Tokku Pulau Manis. Ni sy kongsikan salasilah dari Syarif Muhammad ke Tuan Tasek..

320844_117779368325811_1348917513_n.jpg

Terima kasih kerana upload salasilah TokKu Pulau Manis.

Ianya mempunyai persamaan dengan 1 salinan salasilah dalam simpanan TokCu. Manakala satu lagi terdapat sedikit perbezaan, iaitulah bapa kepada Syeikh Abdul Qahhar.

Tetapi TokCu percaya, salasilah yang diberikan di atas adalah benar, berdasarkan kajian TokCu sendiri.
 
Tokku Pulau Manis dengan Tokku Paloh berlainan nasab tetapi
mereka asal dari keturunan Rasullulah s.a.w juga.
Tokku Paloh dari marga Al-Idrus ayahandanya Tokku Tuan Besar.
Menjadi penasihat Sultan semasa zamannya. Banyak karamah Tokku
Paloh ni, antaranya menyengetkan kapal perang British dengan hanya menyengetkan serbannya sahaja. British hanya dapat menawan Terengganu selepas mangkatnya Tokku Paloh yang juga penjaga Terengganu terakhir..

Tetapi dikisahkan walau berlainan zaman tetapi Tokku Paloh dan
Tokku Pulau Manis pernah bertemu secara kerohanian (ilmu lipat masa).
Tokku Pulau Manis menyerahkan mandat menjaga bumi
Terengganu / Terqanun ni kepada Tokku Paloh. Sebab tu dulu masa British
nak masuk Terengganu Sultan Terengganu suruh berunding dengan
Tokku Paloh dulu, sebab Terengganu ni ada 'tuan' nya..

Tokku Paloh lebih jelas keturunannya berkait dengan Rasulullah SAW. Ini kerana kedatangan keturunan ini ke Tanah Melayu lebih kemudian daripada datuk nenek Tokku Pulau Manis.

Gelaran Tokku Paloh ialah... Raja Indera Perba... Istananya di Duyong...

Kenapa Tokku Paloh bergelar Raja dan mempunyai istananya sendiri...??????
 
TokCu sebelum ini percaya bahawa Tokku Pulau Manis ini dari keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi yang ada kaitan dengan Batu Bersurat Terengganu.

Bagaimana pun, kajian sejarah telah bersepakat menyatakan bahawa Batu Bersurat itu bertarikh 1303 Masehi.

Hal ini menyebabkan TokCu merasakan kajian salasilah kepada Syarif Muhammad al-Baghdadi ini masih lagi belum lengkap. Ini kerana jarak tempoh lebih kurang 300 tahun (Syarif Muhammad al-Bahdadi - 1300M, manakala Tokku Pulau Manis pula 1600M), mungkin terdapat banyak lagi nama yang masih tertinggal dalam catatan salasilah.

Tokku Pulau Manis bin Tok Pauh bin Abdul Qahhar bin Syarif Muhammad al-Baghdadi ini memberikan telah banyak persepsi kepada TokCu. Yakni, tempoh 300 tahun hanya melahirkan 3 generasi keturunan sahaja...

benar TokCu.. apa yang TokCu rasakan itu saya pon
telah sedari juga. kerana agak tidak munasabah 300
tahun hanya melahirkan 3 generasi sahaja. mungkin
nasab Syarif Muhammad itu sendiri belum lengkap atau
ia berkait dengan siapa itu Syarif Muhammad Al-Baghdadi
itu sendiri. Yang itu biarlah tidak saya rungkaikan
kerana takut menimbulkan fitnah..

Saya juga ada meneliti dakwaan Tokku Pulau Manis dari
keturunan Sunan Gunung Jati, tetapi hati saya kuat
mengatakan Tokku Pulau Manis adalah keturunan dari
Raja Bahgdad iaitu Syarif Muhammad.Apapun yang lebih
penting ialah mereka-mereka adalah pejuang agama Allah yang penting di bumi nusantara ini.
 
Benar, Tokku Pulau Manis adalah warisan keturunan dari pendiri Kota Temir.

Berkaitan gelaran Tok Batu Belah pula, ia benar merujuk kepada moyang Tokku Pulau Manis. Tetapi bukan gelar untuk Syarif Muhammad al-Baghdadi (Penulis Batu Bersurat 1303M).

... ini adalah berdasarkan kajian TokCu sendiri...

terima kasih untuk info TokCu.. Kalau tak keberatan boleh TokCu kongsikan siapa yang digelar Tok Batu Belah. Mungkin info TokCu lebih tepat. Dari apa yang diceritakan kepada saya Syarif Muhammad digelar Tok Batu Belah kerana beliau membelah batu di tengah sungai (ada gambar saya upload). Karamah yang dikurniakan kepadanya adalah mampu melembutkan batu dengan tangan, sebab itulah dikisahkan beliau menukilkan batu bersurat menggunakan jarinya sahaja.. Anaknya Syeikh Abdul Qahhar @Syeikh Daud pula digelar Tok Paloh (tiada kaitan dengan Tokku Paloh).ini adalah cerita lisan dari orang-orang tua kebenarannya tidak dapatlah saya pastikan.
 
Tokku Paloh lebih jelas keturunannya berkait dengan Rasulullah SAW. Ini kerana kedatangan keturunan ini ke Tanah Melayu lebih kemudian daripada datuk nenek Tokku Pulau Manis.

Gelaran Tokku Paloh ialah... Raja Indera Perba... Istananya di Duyong...

Kenapa Tokku Paloh bergelar Raja dan mempunyai istananya sendiri...??????

benar TokCu.. keturunan Tokku Pulau Manis adalah dari gelombang pertama manakala Tokku Paloh adalah dari gelombang kedua kedatangan ahlul bayt ke tanah melayu. kalau tak keberatan mohon TokCu kongsikan info tentang Raja Indera Perba di sini. menarik ni..
 
benar TokCu.. apa yang TokCu rasakan itu saya pon
telah sedari juga. kerana agak tidak munasabah 300
tahun hanya melahirkan 3 generasi sahaja. mungkin
nasab Syarif Muhammad itu sendiri belum lengkap atau
ia berkait dengan siapa itu Syarif Muhammad Al-Baghdadi
itu sendiri. Yang itu biarlah tidak saya rungkaikan
kerana takut menimbulkan fitnah..

Saya juga ada meneliti dakwaan Tokku Pulau Manis dari
keturunan Sunan Gunung Jati, tetapi hati saya kuat
mengatakan Tokku Pulau Manis adalah keturunan dari
Raja Bahgdad iaitu Syarif Muhammad.Apapun yang lebih
penting ialah mereka-mereka adalah pejuang agama Allah yang penting di bumi nusantara ini.

TokCu ada jumpa 3 jurai yang berkaitan salasilah ini.

1 jurai menyatakan Tokku Pulau Manis tiada hubungan secara lansung dengan Sunan Gunung Jati.

Manakala 2 jurai lagi mengakui Tokku Pulau Manis adalah keturunan secara langsung dari Sunan Gunung Jati.
 
terima kasih untuk info TokCu.. Kalau tak keberatan boleh TokCu kongsikan siapa yang digelar Tok Batu Belah. Mungkin info TokCu lebih tepat. Dari apa yang diceritakan kepada saya Syarif Muhammad digelar Tok Batu Belah kerana beliau membelah batu di tengah sungai (ada gambar saya upload). Karamah yang dikurniakan kepadanya adalah mampu melembutkan batu dengan tangan, sebab itulah dikisahkan beliau menukilkan batu bersurat menggunakan jarinya sahaja.. Anaknya Syeikh Abdul Qahhar @Syeikh Daud pula digelar Tok Paloh (tiada kaitan dengan Tokku Paloh).ini adalah cerita lisan dari orang-orang tua kebenarannya tidak dapatlah saya pastikan.

Menurut dakwaan dari keturunan ini, memang benar Tok Batu Belah ialah Syarif Muhammad. Tetapi nama sebenarnya ialah Pangeran Muhammad Ariffin bin Syarif Hidayatullah. Beliau ialah salah seorang Waliyullah berketurunan Wali Songo, mangkat di Batu Belah semasa dalam misi dakwah......

Syarif Muhammad inilah yang dikatakan berasal dari Baghdad. Ini adalah pendapat yang pertama semasa proses penitihan dibuat berdasarkan sumber dari Indonesia.

Sedangkan kajian selanjutnya, telah menyambung dari petunjuk awal yang keturunan ini berkaitan dengan Wali Songo.

Sebahagian lain pula mendakwa, Sultan Muhammad Ariffin ini berasal dari Patani, dari keturunan al-Abbas.... Satu pendapat lain juga mendakwa Sulatn Muhammad Arifin ini dari Palembang, juga dari al-Abbas.

Pendapat lain pula, menyatakan Tokku Pulau Manis ini dari keturunan Syarif Nurullah bin Sultan Wan Abdullah....

TokCu setakat ini berkeyakinan bahawa Tokku Pulau Manis adalah dari keturunan Sunan Gunung Jati atas beberapa faktor lain....
 
Back
Top
Log in Register