BTC USD 84,895.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tokku Pulau Manis

Jika tak silap saya keturunan CHE dari Terenggany juga berasal dari Champa kan TokCu?

bab predikat keturunan ini pun satu hal
kena cari yang asli keturunannya
umpama Wan, Che Wan dan Nik dah lumat
susah nak cari yang asli:-?

benar,
Che adalah keturunan bangsawan Champa
berhijrah semasa perang Champa-Dai Viet (Vietnam).
 
teman mmg tertarik dgn salasilah keturunan Tokku Pulau Manis sbnr ny :)

Alhamdulillah... Insya Allah
jika yang dicari dengan nawaitu yang ikhlas
akan temui kebenarannya
dengan izin Allah jua...
 
kena banyak jumpa orang tua-tua dari keturunan ini... sesekali cerita dari kalangan mereka pun berselisih... ada sebab... kena rajin buat kajian sendiri... amik mase boh:D

org tua2 hok tahu pasal Tokku Pulau Manis ni ramai doh hok xdok atah dunie nim
hok mude2 lok dop wape minat nk tahu #:-S
 
masih ada... masih ramai... dan makin ramai
mereka tiada kepentingan dunia untuk muncul dikhalayak
merekalah sebenar-benarnya berketurunan Tokku
menghalusi Kitab al-Hikam
dan ilmu akhirat yang diperturunkan oleh nenek moyang mereka
menjadikan mereka hanya tunduk dengan kekuasaan Allah sahaja
menunggu panggilan dari-Nya....:D:D:D
 
..... persoalan yang belum terungkai, benarkah Raja Mandalika itu Syarif Muhammad al-Baghdadi .....
 
Raja Mandalika berasal dari bahsa sanskrit iaitu pemerintah wilayah. berdasarkan kajian saya raja mandalika tu merujuk kepada raja-raja nusantara di yang berbaiat kepada khalifah Syarif Muhammad Al-Baghdadi. Antaranya ialah Tok Raja Ri, yang makamnya boleh ditemui di atas bukit di Kg. Por berdekatan Kg Buloh, Kuala Berang. Jika diperhalusi batu nisan Tok Raja Ri, mungkin berasal dari wilayah Acheh
 
masih ada... masih ramai... dan makin ramai
mereka tiada kepentingan dunia untuk muncul dikhalayak
merekalah sebenar-benarnya berketurunan Tokku
menghalusi Kitab al-Hikam
dan ilmu akhirat yang diperturunkan oleh nenek moyang mereka
menjadikan mereka hanya tunduk dengan kekuasaan Allah sahaja
menunggu panggilan dari-Nya....:D:D:D

bgs la kalo masih ramai lg yg tahu mengenai Ulama besar ni
alhamdulillah :)
 
Raja Mandalika berasal dari bahsa sanskrit iaitu pemerintah wilayah. berdasarkan kajian saya raja mandalika tu merujuk kepada raja-raja nusantara di yang berbaiat kepada khalifah Syarif Muhammad Al-Baghdadi. Antaranya ialah Tok Raja Ri, yang makamnya boleh ditemui di atas bukit di Kg. Por berdekatan Kg Buloh, Kuala Berang. Jika diperhalusi batu nisan Tok Raja Ri, mungkin berasal dari wilayah Acheh

Raja Mandalika (Batu Bersurat Terengganu 1303M).

Diceritakan bahawa Raja Mandalika ini adalah dari generasi pertama penyebar dakwah Islam di Nusantara. Baginda dikatakan mempunyai pusat pemerintahannya di Palembang.

Terdapat juga kajian yang menjurus kepada Raja Mandalika ini adalah salah satu ranting daripada pemerintahan Kerajaan Sriwijaya. Tetapi tiada bukti kukuh. Batu Bersurat dalam bahasa Sanskrit yang dijumpai di Palembang terdapat sedikit sebanyak mencatatkan agama yang dianuti lebih condong kepada Islam, tetapi sebahagian ahli sejarah lain membuat penafsiran lain.

... setakat ini TokCu masih tidak mempunyai petunjuk bahawa Tokku Pulau Manis dari keturunan Raja Mandalika. Melainkan dari banyak dakwaan dari penduduk setempat masa dahulu.

Raja Mandalika ini pada kiraan TokCu adalah sezaman dengan Raja Sakranta yang melepaskan tahta Negeri Chermin dan mengikuti rombongan dakwah ke Palembang dan Acheh. Nama-nama dalam bahasa Sanskrit ini telah meletakkan peratusan tinggi bahawa mereka ini dari keturunan asal raja-raja di Nusantara.

Apabila Islam tiba di Nusantara, raja-raja Nusantara telah meyerahkan tahta kepada golongan pendakwah sebagai pemerintah atau Sultan. Bermula di Acheh, Chermin (Kelantan), Champa, Patani. Kecuali Melaka dan Johor yang peralihannya setelah kemangkatan Marhum Mangkat di Julang. Sultan-sultan ini telah menggunakan nama Islam sebagai nama rasmi mereka dan tidak lagi menggunakan bahasa Sanskrit.

Kebanyakan sultan-sultan ini dari keturunan langsung dari Rasulullah SAW, dan terdapat juga dari al-Abbas (juga ahlul bayt, bapa saudara Rasulullah SAW).

Terdapat juga kajian yang mengaitkan Raja Mandalika yang mempunyai hubungan sejarah dengan Meurah Silu. Tetapi setakat ini hasil kajian masih kabur kerana kekurangan bukti yang menyokong dakwaan tersebut.

Wallahu a'lam.
 
x sangka Tokku Pulau Manis ni ada hubungan darah dgn sultan
 
Apepon misteri batu bersurat tetap akan menjadi misteri
sehingga dibuka kembali di akhir zaman ni.
tapi kalau ade yang tak sabar-sabar nak rungkaikannya
silalah cari kepingan batu bersurat yang patah di dalam sungai. hehehe.
 
Back
Top
Log in Register