BTC USD 66,497.3 Gold USD 2,405.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah, Nahas Feri Pulau Jeju Pada 16 April 2014

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
449,013
Paid Membership
Top Poster #6
Joined
Mar 15, 2010
Messages
449,013
Reaction score
36,274
Points
2,836
Awards
2
1000194794.jpg


Hari ini 10 tahun yang lalu, berlaku nahas feri Pulau Jeju.

Setiap tahun dianggar sekitar 13 juta pengunjung hadir ke Pulau Jeju yang merupakan antara destinasi pelancongan termasyhur di Korea Selatan, menerima pelawat dari dalam & luar negara.

Dalam kerancakan aktiviti pelancongan di Jeju, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk melipat gandakan keuntungan. Ketamakan mereka sampai ke kemuncaknya pada 16 April 2014.

Petang hari sebelumnya, feri MV Sewol yang dikendali 33 kru membawa 443 penumpang, 325 daripadanya adalah para pelajar tahun kedua dari Danwon High School di Ansan, berlepas dari Incheon untuk lintasan semalaman standard ke Jeju.

Pagi esoknya, ketika berada kira-kira 1.5km dari Donggeochado, MV Sewol membuat belokan tajam untuk mengelak arus kuat. Ia menyebabkan kargo yang tak diikat rapi menggelongsor & mendatangkan ketidakseimbangan kepada feri tersebut lalu ia tumbang & terbalik.

Penumpang yang panik tak dimaklum untuk segera meninggalkan kapal yang sedang tenggelam, pihak berkuasa hanya menyelamatkan mereka yang berada di luar. Tindakan kecemasan peringkat pertama gagal dilaksana sewajarnya sebelum pasukan penyelamat yang lebih besar tiba.

Hanya 172 penumpang berjaya diselamatkan. 304 nyawa melayang, 250 daripadanya adalah pelajar Danwon. Ada yang sempat merakam & menghantar pesanan terakhir kepada ibu bapa mereka ketika terperangkap sebelum tenggelam bersama feri itu.

Siasatan mendapati feri itu diubahsuai untuk menambah kapasiti penumpang & kargo yang dibawa 2 kali ganda lebih daripada had dibenarkan. Korupsi pelbagai lapisan menggelapkan mata pihak-pihak bertanggungjawab untuk membenarkan kapal yang tak selamat itu beroperasi.

Pada 15 Mei, kapten & 3 kru feri didakwa atas kesalahan membunuh, sementara 11 kru lagi didakwa kerana meninggalkan kapal. Waran tangkap dikeluarkan untuk Yoo Byung-eun (pemilik Chonghaejin Marine, syarikat operator feri terbabit), namun pencarian serata negara gagal menemukannya.

Pada 22 Julai, polis menemukan mayat reput di Suncheon & mengesahkan ia adalah milik Yoo.

Sumber: The Korea Herald, The New York Times, Al Jazeera

#PeristiwaHariIni
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register