BTC USD 84,355.8 Gold USD 4,274.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tokku Pulau Manis

Tahun 1988, saya telah menziarahi Makam Tok Pulau Manis. Ketika itu saya tidak tahu pun siapa Tok Pulau Manis. Masyarakat setempat begitu mesra menceritakan perihal serta karomah yang dianugerahkan Allah SWT kepada beliau. Kesimpulan yang saya buat waktu itu ialah Tok Pulau Manis ialah seorang ulamak bertaraf waliyullah.

Kebelakangan ini ramai yang cuba mencungkil kembali kisah Tok Pulau Manis. Kisah waliyullah ini seakan sebuah sejarah yang tidak pernah dilupakan terutama oleh penduduk Terengganu. Pada pendapat peribadi saya, memang rakyat Terengganu dahagakan sinar Islam sejati dan mengharapkan kegemilangan Islam zaman Tok Pulau Manis akan kembali. Anehnya juga generasi baru pun turut tertarik dengan kisah Tok Pulau Manis ini. Mungkin itu barkah seorang yang bertaraf walyullah.

Salah satu kisah yang saya dengar, suatu ketika Tok Pulau Manis mendirikan kediamanannya di sebuah pulau (lupa namanya) di Sungai Terengganu. Namun apabila beliau hendak berwuduk, didapati bahawa beliau telah membelakangi arak Kiblat semasa sedang berwuduk di Sungai Terengganu itu. Maka beliau telah berpindah dari pulau itu ke ke Kg. Pulau Manis yang wujud sekarang, semata-mata itu tidak mahu membelakangi Kiblat. Wallahu a'lam....
 
saya baru tahu kisah Tokku Pulau Manis ni buat rumah
Terima kasih TokCu :)
 
Salam tuan, apa maksud ayat yang dimerahkan?

Saya takut salah faham bila baca ayat tu, adakah ni merujuk kepada asal-usul nama Terengganu ie. Sultan Omar kata "taring anu"?

Atau merujuk kepada kesultanannya sendiri? Bukan pewaris Sultan Zainal Abidin?

Maaf kerana mencelah, harap perkongsian dapat diteruskan. :)cgrock

Bagus juga soalan dikemukakan saudara itu...
tetapi saya sendiri tidak dapat menjawabnya kerana kurang pengetahuan mengenainya. Saya cuma membaca melalui buku, majalah, serta banyak blog yang memaparkan kisah Tok Pulau Manis.

Cuma di sini kita cuma mampu berbincang, siapakah Tok Pulau Manis yang sebenarnya mengikut pengetahuan masing-masing.

Soalan yang pertama, saya tidak pasti kerana saya cuma mendengar cerita orang sahaja. Jika ada sesiapa yang mempunyai info yang jelas, boleh dikongsi di sini untuk memperkayakan sumber sejarah kita.

Kemungkinan jawapan bagi soalan kedua ialah, bukannya bermaksud Sultan Umar yang mewar-warkan asal nama Terengganu bermula dari kisah tersebut. Kisah ini adalah cerita rakyat yang disampaikan dari mulut ke mulut. Sultan Umar itu sendiri memerintah sekitar tahun 1800-an dan ketika nama Terengganu sudah pun wujud. Tentang siapa Sultan Umar itu saya tidak pasti.

Harap sesiapa lagi dapat memberikan pencerahan...:D
 
Saya sendiri pun cenderung untuk menolak versi "taring anu", kerana di Batu Bersurat sendiri telah dipahat nama Terengganu.

Catatan pengembara dari China (lupa namanya) pun ada dirakam nama negeri ni (Teng Ya Nong). Susah nak terima versi "taring anu" ni kerana jurang masa yang sanagt besar dan bukti bertulis sudah tentu lebih berat pertimbangannya berbanding cerita lisan.
 
belum dpt lg riwayat hidup Tokku Pulau Manis yg lengkap utk di jadikan rujukan

Takde ke anak cucu Tokku yang tumpang lalu dlm CG ni:-?
 
tokku pulau manis ialah penterjemah kitab hikam jawi...
 
Back
Top
Log in Register