Al-Fatihah.... buat Tokku Pulau Manis.
Tuan TXT ni ada persaudaraan dengan Tokku jugak ke...
sengaja saya tanya sebab tuan suka up topik Tokku ni...
Saya pun suka meneliti sejarah Terengganu, sebab negeri ni seperti kurang sumber sejarah mahu pun tokoh pejuang. Tokoh yang cuma kita dengan selain Tokku Pulau Manis ialah antaranya, Tokku Paloh dan Tuan Haji Abdul Rahman Limbong. Selain itu tiada tokoh yang menyerlah dalam sejarah Terengganu.
Begitu juga sejarah kesultanan Terengganu, sejarah hanya menonjolkan kesultanan bermula daripada Tun Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid, pada abad ke 18. Sedangkan Batu Bersurat Terengganu terpahat nama Raja Mandalika di abad ke 14.
Itu menunjukkan sejarah Terengganu begitu panjang sebelum Tun Zainal Abidin lagi.
Apabila saya meneliti sejarah Kelantan, Kesultanannya telah tercatat seawal abad ke-13 lagi, iaitu zaman kerajaan Sriwijaya. Johor pula adalah kesinambungan daripada Kerajaan Melaka. Pahang pula daripada Patani, Melaka dan Johor. Perak dari Perlak, Melaka dan Acheh.... dan lain2.
Tokoh yang paling menonjol di Terengganu pula ialah Tokku Pulau Manis, tetapi sejarah beliau sangatlah kabur. Jadi jika Tuan TXT & CGrians lain arif pasal sejarah Tokku, usahlah segan untuk dikongsi...