TokCu
Legendary Member

- Messages
- 11,155
- Joined
- Jul 25, 2011
- Messages
- 11,155
- Reaction score
- 542
- Points
- 161
Tahun 1988, saya telah menziarahi Makam Tok Pulau Manis. Ketika itu saya tidak tahu pun siapa Tok Pulau Manis. Masyarakat setempat begitu mesra menceritakan perihal serta karomah yang dianugerahkan Allah SWT kepada beliau. Kesimpulan yang saya buat waktu itu ialah Tok Pulau Manis ialah seorang ulamak bertaraf waliyullah.
Kebelakangan ini ramai yang cuba mencungkil kembali kisah Tok Pulau Manis. Kisah waliyullah ini seakan sebuah sejarah yang tidak pernah dilupakan terutama oleh penduduk Terengganu. Pada pendapat peribadi saya, memang rakyat Terengganu dahagakan sinar Islam sejati dan mengharapkan kegemilangan Islam zaman Tok Pulau Manis akan kembali. Anehnya juga generasi baru pun turut tertarik dengan kisah Tok Pulau Manis ini. Mungkin itu barkah seorang yang bertaraf walyullah.
Salah satu kisah yang saya dengar, suatu ketika Tok Pulau Manis mendirikan kediamanannya di sebuah pulau (lupa namanya) di Sungai Terengganu. Namun apabila beliau hendak berwuduk, didapati bahawa beliau telah membelakangi arak Kiblat semasa sedang berwuduk di Sungai Terengganu itu. Maka beliau telah berpindah dari pulau itu ke ke Kg. Pulau Manis yang wujud sekarang, semata-mata itu tidak mahu membelakangi Kiblat. Wallahu a'lam....