BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tok Guru nafi ekstrem

fazlee84

Active Member
Messages
1,753
Joined
Mar 4, 2009
Messages
1,753
Reaction score
2
Points
25
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan serangan peribadi terhadap dirinya masih kecil dan sedikit selepas mengeluarkan kenyataan yang dikatakan melampau, berbanding cabaran yang dihadapi Rasulullah ketika menegakkan syiar Islam suatu ketika dahulu.

Menurutnya, pada zaman Nabi Muhamad dahulu, baginda sampai ke peringkat berperang, tapi beliau hanya setakat berhadapan dengan pihak yang menyerangnya.

“Kita sekarang berperang tapi di peringkat perang mulut. Ini tak banyak, sikit saja... dan benda apa yang dikatakan saya melampau? Dengan sebab benda (perkara penentangan) ini tidak berlaku zaman Inggeris, sekarang di sambung kerja ni oleh UMNO yang meletakkan agama lain, politik lain. Itu yang menyebabkan saya dikatakan ‘ekstrems’?” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Ihya Ramadan peringkat negeri 2009 di Balai Islam, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa kenyataannya kebelakangan ini sebagai melampau dan keterlaluan.

Tokoh agama dan ahli akademik negara juga turut menyifatkan tuduhan terbaru Menteri Besar Kelantan itu, yang kononnya ajaran Islam yang diamalkan UMNO tidak boleh membawa seseorang Islam ke syurga sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama.

Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau bersikap ekstrem, Nik Aziz menafikan dakwaan itu.

“Benda apa melampau? saya minta gabungkan jasmani dengan rohani. Antara Islam dengan iman, mana UMNO tahu benda ni. Dia hanya tahu perlembagaan. Nabi Muhamad lebih teruk lagi, dia berperang, saya tidak berperang, hanya menggunakan mikrofon saja. mana ada ekstrem.

“Soalnya UMNO nak ganti dengan apa, melainkan dengan nafsu. Falsafah dan ideologi tidak boleh pimpin manusia melainkan dengan iman,” katanya.

Menyentuh mengenai program Ihya Ramadan, Nik Aziz berkata, program seperti itu diadakan setiap tahun sejak 1994 sebagai program tahunan untuk menghidupkan bulan Ramadan.

Menurutnya, pengisian yang terkandung dalam program boleh dijadaikan latihan atau ‘joging’ untuk menyihatkan badan.
 
Bas hijau.... Bas biru.....ekekekek....:)):)):)):-?:-?
 
kami menyokong penuh pimpinan tok guru! Allah huakbar!
 
yang mana betul dan selagi x lari dari hukum syariat kita sokong..
 
KOTA BHARU -

Antara Islam dengan iman, mana UMNO tahu benda ni. Dia hanya tahu perlembagaan.
“Soalnya UMNO nak ganti dengan apa, melainkan dengan nafsu. ” katanya.

bersangka buruk,syak wasangka,tuduh menuduh,hina menghina,lekeh perlekeh pihak lain, amalan mulia bgnyer....hanya dirinyer sahaje yg betul ...saper yg tak sokong masuk neraka....
 
bersangka buruk,syak wasangka,tuduh menuduh,hina menghina,lekeh perlekeh pihak lain, amalan mulia bgnyer....hanya dirinyer sahaje yg betul ...saper yg tak sokong masuk neraka....

mungkin itu bukan maksud nyer
 
Back
Top
Log in Register