BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TNB Nafi Dakwaan Kenaikan Tarif Elektrik Mulai April

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146
e9ef6e4fe5efc02df72b49e9f2ce648964c8a0f38ff3a


Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan tular di media sosial mengenai kenaikan tarif elektrik bermula bulan ini, sambil menyifatkan maklumat berkenaan sebagai tidak benar dan mengelirukan.

Menerusi kenyataan di Facebook, TNB menjelaskan sebarang pelarasan kos elektrik ketika ini tertakluk kepada Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA).

Menurut syarikat utiliti itu, mekanisme AFA yang dilaksanakan sejak Julai 2025 ditentukan berdasarkan perubahan harga bahan api global serta kadar pertukaran mata wang asing, dengan pelarasan dibuat secara bulanan dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

TNB turut memaklumkan akan melaporkan penyebaran maklumat palsu berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut bagi membendung penularan berita tidak sahih dalam kalangan masyarakat.

Syarikat itu juga menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya bagi mengelakkan kekeliruan serta keresahan awam.

Pengguna disaran merujuk saluran rasmi TNB bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai sebarang perubahan berkaitan kadar elektrik negara.

"Sebarang pertanyaan atau maklumat meragukan boleh disalurkan melalui mesej secara terus di Facebook TNB Careline dan platform X @Tenaga_Nasional atau e-mel ke [email protected]," katanya.

 
Back
Top
Log in Register