BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCMC Siasat Tiga Individu Sebar Maklumat Palsu Kenaikan Tarif Elektrik

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
c47009a5b4a50f1e1c1e1cb49102373769cc8127a4170

Kredit: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan terhadap tiga individu yang disyaki menyebarkan maklumat berunsur palsu mengenai peningkatan tarif baharu elektrik di platform digital.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan maklumat palsu itu disebarkan menerusi Facebook, Threads dan WhatsApp serta dipercayai menyalahgunakan elemen reka grafik sebuah organisasi berita.

“Menurut aduan diterima, kandungan disebarkan oleh kesemua individu berkenaan peningkatan tarif elektrik adalah bersifat palsu dan boleh menimbulkan persepsi negatif yang boleh mengakibatkan kegelisahan dan panik kepada masyarakat.

"Hasil semakan mendapati bahawa kandungan tersebut telah disunting daripada kandungan rasmi Astro AWANI," menurut MCMC.

Kenyataan itu memberitahu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

MCMC menegaskan bahawa suruhanjaya itu memandang serius sebarang penyalahgunaan platform digital yang bertujuan mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu.

Orang ramai turut diingatkan agar sentiasa bertanggungjawab dalam menggunakan platform digital serta tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam.

 
Back
Top
Log in Register