BTC USD 63,050.0 Gold USD 4,310.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tipu jual barang melalui Internet

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
KUALA LUMPUR - Kegiatan penipuan yang didalangi oleh warga Afrika tidak pernah berkurangan malah dari hari ke hari ia makin menjadi-jadi.

Kumpulan Awang Hitam itu dikategorikan sebagai licik apabila mereka kerap menukar modus operandi iaitu sama ada melalui Internet, panggilan telefon atau bersemuka dengan mangsa-mangsa yang menjadi sasaran.

Terbaru Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dapat membongkar satu lagi bentuk penipuan yang didalangi oleh warga Afrika.

Sindiket tersebut mengiklankan perniagaan mereka yang kononnya menawarkan perkhidmatan menjual pelbagai jenis barangan di dalam sebuah laman iklan terkemuka yang boleh diakses secara global.

Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia, JSJK, Asisten Komisioner Kamaruddin Md. Din (gambar) berkata, siasatan awal mendapati sindiket yang menawarkan pelbagai jenis barang untuk dijual di Internet itu menggunakan dua kaedah.

"Yang pertama, sindiket itu memilih mana-mana syarikat berdaftar di negara ini dan meniru logo syarikat tersebut bagi mempromosi apa-apa barang yang kononnya untuk dijual

"Kedua, sindiket itu mewujudkan satu syarikat palsu yang didakwa beroperasi di Malaysia sebelum mereka mengiklankan pelbagai barangan untuk dijual dalam lama iklan," kata beliau kepada Kosmo! baru-baru ini.
 
kalau nak menipu memnag licik...makin kena berhati2...
 
Halau je negro dari Malaysia ni...memang tak di alu-alukan pun.
 
mmg tul (scam:(scam:(scam:(scam

dah sekat rezeki org yng betul...
 
negro ke cina ke melayu ke india ke sama aje kalau dorg scam. jgn jgn kat carigold pun ada scam...
 
ni mesti ramai yg dh terkena ni..mcm2 cara org nk menipu zmn skrg..
 
aku rase kalo ade yg terkena ngan mat afrika ni memang cuai sangat la... kalo beli dari orang yg tak dikenali 1st time, kene COD... kalo tak pun tengok track record cam lelong buat tu... ade rating utk setiap trader... kalo kat mudah tu jangan percaya sangat, sebab trader die takde proven track record...
 
Back
Top
Log in Register