BTC USD 85,773.5 Gold USD 4,294.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips Mencari Malam Lailatul Qadar

1000519718.jpg


Inilah peluang untuk kita memperbanyakkan ibadah, berdoa, dan memohon keampunan dari-Nya.

💛 Manfaatkan malam istimewa ini dengan:
📖 Membaca Al-Quran
🕌 Qiyamullail & Solat Tahajud
👐 Memohon doa & keampunan
🎁 Bersedekah dengan ikhlas

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk bertemu malam penuh rahmat ini.

#CeritaRamadan2025
 
Ada ustaz kongsikan
Yang dapat ni dah beramal sejak malam pertama Ramadan lagi
Bukan 10 malam terakhir baru nak mula
Bangun malam untuk solat tajahud, hajat, taubat, mengaji
Tapi tiada jaminan pun dapat anugerah tu
Cuma sekurang² nya ada pahala menanti di akhirat sebab beramal di bulan yang mulia
Yang mana jadi titik tolak kepada perubahan diri untuk kekal beramal pula pada bulan² lain sepanjang tahun
Mungkin disebabkan istiqamah tu jadi asbab untuk Allah anugerahkan Lailatul Qadar dekat kita

Aku bkn apa..

Manusia bila dia jenis pemalas.. Dia rse mcm dia xde harapan nk dpt..(dlm konteks lailatul qad)

Kemudian dia x buat pe.. sbb dia rse.. bnyk benda kne buat.. pastu kne mula dri awal.. kne jaga itu ini.. kne bla bla bla..

Padahal, dia nak ke tak ?

Allah bagi kpd hamba2 yg nak..

Aku nk ckp, klo kita ni xde la baik mana pun.. amalan pun cap ayam.. Tp kita nak.. so kita buat juga apa2 yg kita rse kita selesa nk buat..

Kita xde la nk banding kata kita buat perfect.. Tp possibility dpt tu ada ke x ?

Maka peluang dpt tu ada.. Cuma orang x faham sbb perkongsian perihal "lailatul qad" tu x jelas..

---

Aku nk supaya semua org gi ambil peluang.. buat la apa2 yg korang nk buat yg mana amalan tu korang rse itu je korang mampu buat dgn harapan Allah terima sbb korang buat dgn ikhlas dan itu je korang mampu buat..

---

Cuma bila aku ckp gitu..
Aku nk jgk input dari mana2 pihak yg ada kredibilit ckp benda ni kata buat la pe2 yg simple pun xpe..

Janji kita nak.. "berhasrat".. dgn lailatul qadr..
 
Aku bkn apa..

Manusia bila dia jenis pemalas.. Dia rse mcm dia xde harapan nk dpt..(dlm konteks lailatul qad)

Kemudian dia x buat pe.. sbb dia rse.. bnyk benda kne buat.. pastu kne mula dri awal.. kne jaga itu ini.. kne bla bla bla..

Padahal, dia nak ke tak ?

Allah bagi kpd hamba2 yg nak..

Aku nk ckp, klo kita ni xde la baik mana pun.. amalan pun cap ayam.. Tp kita nak.. so kita buat juga apa2 yg kita rse kita selesa nk buat..

Kita xde la nk banding kata kita buat perfect.. Tp possibility dpt tu ada ke x ?

Maka peluang dpt tu ada.. Cuma orang x faham sbb perkongsian perihal "lailatul qad" tu x jelas..

---

Aku nk supaya semua org gi ambil peluang.. buat la apa2 yg korang nk buat yg mana amalan tu korang rse itu je korang mampu buat dgn harapan Allah terima sbb korang buat dgn ikhlas dan itu je korang mampu buat..

---

Cuma bila aku ckp gitu..
Aku nk jgk input dari mana2 pihak yg ada kredibilit ckp benda ni kata buat la pe2 yg simple pun xpe..

Janji kita nak.. "berhasrat".. dgn lailatul qadr..

Semua bermula dengan niat
Lepas tu tetap buat ikut kemampuan sendiri
Dan juga istiqamah
 
Ada ustaz kongsikan
Yang dapat ni dah beramal sejak malam pertama Ramadan lagi
Bukan 10 malam terakhir baru nak mula
Bangun malam untuk solat tajahud, hajat, taubat, mengaji
Tapi tiada jaminan pun dapat anugerah tu
Cuma sekurang² nya ada pahala menanti di akhirat sebab beramal di bulan yang mulia
Yang mana jadi titik tolak kepada perubahan diri untuk kekal beramal pula pada bulan² lain sepanjang tahun
Mungkin disebabkan istiqamah tu jadi asbab untuk Allah anugerahkan Lailatul Qadar dekat kita

Ustaz tu maybe berdasarkan pada malam Lailatulqadar tu rahsia Allah, silap2 1 Ramadhan dah LailatulQadar.
10 malam akhir biasa org Lailatulkamdar kiki
 
Kalau sebulan Ramadhan bangun Qiam tanpa gagal tapi takda dpt tanda Lailatulqadar, adakah kita dapat nikmat yang sama dengan yang dapat tanda? jika sama pulun je la bangun malam rasa tak rasa lain cite janji dapat nikmat yang sama.

Bab2 amalan ni..
Allah leh nilai kita , sehalus2nya niat dihati kita..

Buat sebab menunjuk ke ?
Buat sebab nak sesuatu ke ?
Buat sebab nak Allah pandang kita ke ?
Buat sebab kita ni xde pe dh.. Kita cuma nk beribadah kpd Allah.. sbb kita ni hamba dia..kita x pandang benda lain..

So ada la level2 (tingkatan2 amalan) tu..

Overall aku berpandangan, kau amal hebat mcm mana pun.. Kne tunggu time kau diuji.. Masa tu bru kau akan nmpk.. amalan kau buat tu sbb pe ?

Allah time tu nk tunjuk level kau takat mana..

Dlm hal lailatul Qadr.. Aku cuba nk bawa situasi.. Kita nak ke tak ? Kelebihan malam lailatul qadr ?

Kemudian apakah kita ni kene buat benda amalan2 yg power.. Baru dpt ?

Sekadar persoalan2 yg dibangkitkan utk dibincangkan secara berforum..
 
Last edited:
Semua bermula dengan niat
Lepas tu tetap buat ikut kemampuan sendiri
Dan juga istiqamah

Yer aku setuju je..

Tp kne rebutlah peluang malam lailatul Qadr.. Terutama 10 malam terakhir.. Buat la apa2 amalan yang mampu (simple2 pun xpe).. Yg penting niat nk dpt.. Buat kerana Allah..

Benda ni anjuran..

tp bkn bermaksud spe2 yg dh maintain amalan dgn baik tiba2 convert jdi amalan simple pulak.. :ROFLMAO:

Kita bila dh boleh buat something yg baik, kne maintain istiqomah, kemudian up bg lebih skit..

So yg mana sebelum2 ni x buat pe.. Up skit buat zikir yg simple2..
So yg mana sebelum2 ni buat zikir simple2 je.. Up skit..
So yg mana sebelum2 ni buat solat malam.. Up skit lagi..apa2 je yg boleh ditambah baik dlm bentuk amalan..

Aku rse itu lah kesimpulan nya..

Sebab hadis Nabi berkaitan malam lailatul qadr.. Nabi berusaha tingkatkan amalan..

So maksudnya.. Nabi sebelum ni dh buat pelbagai amalan.. bila 10 mlm terakhir.. Nabi up lagi..

839.jpg
 
status doa malam laylatul qadr (اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى)=Ya Allah, Engkau Maha Memberikan Maaf dan Engkau suka memberikan maaf—menghapus kesalahan–, karenanya maafkanlah aku—hapuslah dosa-dosaku–)

hadith itu sebenarnya dhaif. ia dari sanad abdullah bin Buraidah dari aisyah ummul mukminin, ra, sanadnya munqathi' (terputus), demikian menurut ima daraqutni, al baihaqi, an nasa'iy, yg lebih tepat hadith mauquf. tambahan dari syaikh Muqbil dalam kitabnya ahaadith mu'illah dzhaariha as sahah, hadith cacat yg zahirnya nampak sahih), ianya dhaif.

syaikh albani asalnya mendhaifkan hadith ibn buraidah tapi kemudian merujuk kembali, dia mensahihkannya.الحديث مداره على ابن بريدة عن عائشة، وهذا السند منقطع أعله الدارقطني والبيهقي والنسائي ونص عليه وساق بعده الحديث موقوفا، وحسبك بهؤلاء، أضف إلى ذلك كلام الشيخ مقبل في كتابه ( أحاديث معلة ظاهرها الصحة ) وهو كلام منضبط واضح الدلالة، وهذا ما دفع الشيخ الألباني رحمه الله إلى تضعيف الحديث أولا ثم رجع عن ذلك توسعا منه كما هو معروف من منهجه رحمه الله.

yang sahih ialah apa jua istighfaar, dgn lafaz yg pelbagai..

dalil:لَوْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَكَانَ أَكْثَرَ دُعَائِي فِيهَا أَنْ أَسْأَلَ اللهَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ

“Kalau saja aku mengetahui malam mana yang disebut lailatul qadar, sungguh doaku yang paling banyak padanya adalah meminta kepada Allah akan pemaafan dan afiyah.” [Hr. An-Nasa`i, no. 10,648, ] sahih , al albani, silsilah al sahihah, 1011
 
Mana mungkin gelap menjadi terang
Kalu tak jumpa cahaya nya

Lailatul Qadr sering diraikan sebagai malam yang penuh keberkatan, namun ayat pertama Surah al-Qadr menggariskan hakikat sebenar di sebalik kemuliaan malam tersebut:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam al-Qadr." (97:1)
Penekanan utama ayat ini bukan pada malamnya, tetapi pada sesuatu yang jauh lebih besar ia itu Al-Quran.
Turunnya wahyu inilah yang menjadikan malam itu istimewa, bukan sebaliknya. Tanpa al-Quran, Lailatul Qadr hanyalah satu malam seperti malam-malam lain, tanpa keistimewaan atau keberkatan luar biasa.

Bayangkan sebuah majlis yang diadakan dengan penuh gilang-gemilang untuk menyambut kedatangan seorang pembesar. Karpet merah dibentang, bunga disusun indah, kompang dipalu bertalu-talu, dan ribuan orang bersorak kegembiraan. Namun, dalam kesibukan merayakan kehadirannya, mereka tidak menyedari bahawa pembesar itu sudah lama berdiri di tengah-tengah mereka, menyaksikan segalanya, tetapi tidak dihiraukan.
Ada bagaikan tiada.
Beginilah ironi yang sering berlaku ketika umat Islam menyambut Lailatul Qadr.
Malam itu diraikan dengan penuh kesungguhan, dipenuhi ibadah dan doa yang panjang, tetapi ramai yang lupa bahawa kemuliaannya berpunca daripada satu perkara: al-Quran.
Tanpa al-Quran, malam itu hanyalah satu malam biasa.

Jika Lailatul Qadr dihargai tetapi al-Quran diabaikan, tidakkah kita seperti mereka yang sibuk merayakan kehadiran pembesar tetapi tidak mendengar amanatnya?
Maka, penghormatan sebenar terhadap Lailatul Qadr bukan sekadar mencarinya dalam satu malam, tetapi dengan menghargai warisan terbesarnya ia itu al-Quran dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, penghormatan terhadap Lailatul Qadr tidak boleh terhenti pada sekadar mencarinya disetiap Ramadan, tetapi mesti berpaksi pada al-Quran itu sendiri.
Menghidupkan malam itu bukan sekadar dengan ibadah yang bersifat ritualistik, tetapi dengan merenungi, memahami, dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.
Jika seseorang memuliakan malamnya tetapi mengabaikan pengajaran dalam kitab sucinya, maka hakikat sebenar Lailatul Qadr masih belum benar-benar dihayati.
#malamalqadr
credit kpd Penulis asal.
 
1000525502.jpg


✨Mencari Malam Lailatul Qadar ✨

Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Carilah Lailatul Qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan."

#indahnyaislam
#hadis
#ummahfadhilah
 
Back
Top
Log in Register