BTC USD 84,018.1 Gold USD 4,279.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips Mencari Malam Lailatul Qadar

hati jadi lembut antara tanda kot. tak nak gaduh-gaduh lagi. maafkan orang. gi minta maaf.
 
Last edited:
IMG_20230414_105230_393.jpg


Keistimewaan Lailatul Qadar

1️⃣ Malam lebih baik daripada 1000 bulan
2️⃣ Malaikat Jibril turun bersama para malaikat membawa rahmat dengan perintah Allah SWT.
3️⃣ Orang yang menghidupkan malam ini akan diampuni dosanya oleh Allah SWT.
4️⃣ Mendapatkan keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga terbitnya fajar.

Marilah kita gandakan amalan di sepuluh akhir Ramadan dengan bangun berqiyamullail untuk meraih ganjaran 1000 bulan.
 
IMG_20240331_124658_983.jpg


Bermula malam ini hingga berakhir bulan Ramadan, dipercayai salah satunya adalah Lailatul Qadar.

Bermaksud ‘Malam Kemuliaan’, ia adalah malam yang amat istimewa dalam kepercayaan Islam di mana Allah SWT menurunkan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW ketika Baginda sedang berkhalwat (menyendiri) di Gua Hira’.

Peristiwa itu diriwayatkan dalam kitab Al-Quran menerusi ayat pertama surah Al-Qadr: “Sesungguhnya telah Kami turunkan (Al-Quran) pada Malam Kemuliaan.” Ayat 2 hingga 5 surah itu kemudian menjelaskan tentang Lailatul Qadar.

Malam berlakunya kemuliaan itu difirmankan sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan, di mana para malaikat turun membawa rahmat Allah SWT kepada sesuatu dan sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.

Walaupun tidak siapa pun tahu bilakah tarikh tepat terjadinya Lailatul Qadar, terdapat hadis sahih dan ulama sepakat menyatakan bahawa ia berlaku pada 10 malam terakhir di bulan Ramadan setiap tahun.

Pelbagai teori hadir untuk panduan umat Islam mencarinya dengan lebih mudah, antaranya pada malam bertarikh ganjil dan ada juga hujah mengatakan ia berkemungkinan besar berlaku pada malam 27 Ramadan.

Tradisinya, umat Islam yang mencari akan bangun di sepertiga malam, bertafakur dan beribadah dengan harapan dapat bertemu dengan pengalaman rohani yang dikatakan tiada tolok bandingnya.

Sumber: Time, Muslim Aid, Unsplash/Timotheé Duran

#PeristiwaHariIni
 
IMG_20240402_095943_875.jpg


❇️HADIS RAMADAN❇️

Lailatul Qadar terjadi pada malam ganjil di 10 malam terakhir Ramadan

Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW berkata: "Carilah Lailatulqadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan."
- HR Bukhari-
 
1000188760.jpg


❇️HADIS RAMADAN ❇️

Tanda malam Lailatul Qadar, matahari terbit berwarna putih tanpa memancarkan sinar ke segala penjuru

Daripada Ubay bin Ka'ab ia berkata; "Malam itu adalah malam yang cerah iaitu malam ke dua tujuh (dari bulan Ramadan). Dan tanda-tandanya ialah pada pagi harinya matahari berwarna putih tanpa memancarkan sinar ke segala penjuru." - HR Muslim-
 
1000188821.jpg


DOA MALAM LAILATUL QADAR

اللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berilah keampunan kepadaku."
 
1000188995.jpg


❇️HADIS RAMADAN❇️

Allah mengampunkan dosa-dosa yang lalu bagi sesiapa yang bangun pada malam Lailatul Qadar

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berdiri (solat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
- HR Bukhari-
 
Apakah keperluan menceritakan kepada orang jika bertemu Lailatul Qadar?

Wahyu sudah berhenti. Kunci alam ghaib semua di tangan Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ:۞ وَعِندَهُۥ مَفَاتِحُ ٱلْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَآ إِلَّا هُوَ ۚ"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, " [Al-An'am: 59]

Apabila kita menceritakan kepada orang ramai, "malam tadi aku temui malam qadar". Maka sudah tentu orang akan bertanya, "bagaimana kamu tahu?"Jika anda kata ia melalui mimpi. Maka mimpi bukan sumber dalil.Jika anda katakan tanda-tandanya seperti, "malam semalam terasa nyaman sekali, langit bercahaya walaupun tiada bintang dan bulan, atau pagi ini matahari tidak bersinar."Itu cuma pendapat-pendapat ulama' sahaja.Jika anda katakan, kerana malam semalam adalah 27 Ramadhan, itu juga hanya perkataan sahabat.

Jadi, bagaimana anda meyakini ianya malam qadar?
 
Back
Top
Log in Register