BTC USD 84,082.6 Gold USD 4,271.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips Mencari Malam Lailatul Qadar

Apakah keperluan menceritakan kepada orang jika bertemu Lailatul Qadar?

Wahyu sudah berhenti. Kunci alam ghaib semua di tangan Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ:۞ وَعِندَهُۥ مَفَاتِحُ ٱلْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَآ إِلَّا هُوَ ۚ"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, " [Al-An'am: 59]

Apabila kita menceritakan kepada orang ramai, "malam tadi aku temui malam qadar". Maka sudah tentu orang akan bertanya, "bagaimana kamu tahu?"Jika anda kata ia melalui mimpi. Maka mimpi bukan sumber dalil.Jika anda katakan tanda-tandanya seperti, "malam semalam terasa nyaman sekali, langit bercahaya walaupun tiada bintang dan bulan, atau pagi ini matahari tidak bersinar."Itu cuma pendapat-pendapat ulama' sahaja.Jika anda katakan, kerana malam semalam adalah 27 Ramadhan, itu juga hanya perkataan sahabat.

Jadi, bagaimana anda meyakini ianya malam qadar?

Hanya orang mengalaminya tahu..
citer kat org buat per.. nnti ada yg palatau tolak mentah2.
Baik tambahkan amal dan bersyukur.

Diulangi,
Hanya orang mengalaminya tahu.
Tak yah citer kat org.
Simpan dan syukur kpd Allah.
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Iktikaf 10 Hari Terakhir Ramadan

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ

Daripada Aisyah Radhiyallahuanha, bahawa Nabi SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan sehingga Allah mewafatkan baginda, kemudian isteri-isteri baginda (tetap) melanjutkan amalan tersebut dengan beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan sepeninggalan baginda. (Sahih Bukhari No: 1922) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Iktikaf ialah tetap tinggal di dalam masjid dengan niat beriktikaf dan bertujuan beribadat kepada Allah dengan memperbanyakkan ibadah seperti solat, zikir, membaca Al-Quran, dan berdoa.

2. Mengikut Imam Syafie, iktikaf boleh dilakukan sekadar masa lebih sedikit daripada tomakninah dalam solat. Imam Maliki mensyaratkan iktikaf sekurang-kurangnya sehari semalam dan yang paling baik ialah tidak kurang daripada 10 hari

3. Sunnah iktikaf yang dilakukan Rasulullah SAW ialah sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan kerana, pada waktu tersebut, terdapat malam yang sangat mulia iaitu Lailatul Qadar, di mana pahala amal ibadah pada malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan. Oleh itu, Nabi berusaha untuk mencari malam tersebut dengan beriktikaf. Baginda melaksanakan sejak berpindah ke Madinah sehingga baginda wafat.

4. Amalan iktikaf sepuluh hari terakhir Ramadan antara sunnah Rasulullah SAW yang dilupakan oleh kebanyakan umat Islam hari ini. Dr Wahbah Zuhaili menyatakan: “Sungguh pelik manusia, bagaimana mereka boleh meninggalkan iktikaf?. Rasulullah SAW melakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu tetapi baginda tidak meninggalkan iktikaf sehinggalah baginda wafat”.

5. Amalan beriktikaf adalah sebahagian daripada cara mengimarahkan masjid. Pengimarah masjid adalah tanda orang beriman. Firman Allah:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (At-Taubat: 18),.

6. Ayuh kita berazam untuk bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ini dengan pelbagai amal soleh. Antaranya dengan memastikan amalan iktikaf di masjid, datang awal untuk solat fardhu di masjid, menjaga solat fardhu maghrib, isya dan subuh berjemaah di masjid, Bersama imam solat terawikh dan witir sehingga selesai, perbanyakkan bersedekah, membaca al-Quran, berzikir, berdoa memohon keampunan dan sebagainya.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

19hb Ramadan 1446H
20hb Mac 2025
 
1000519539.jpg

Memburu Lailatul Qadar

#lailatulqadar
 
Aku ada persoalan nk tanya..

Adakah kita kena buat solat malam baru kita dapat lailatul qadr ? Atau buat je lah apa2 amalan yg Allah suka.. Kemudian jika rezeki kita dpt.. kita akan dpt ?

Persoalan ni dibangkitkan sbb sedia maklum, akhir2 zaman ni orang islam lemah seperti buih di lautan.. suruh solat lebih skit pun dia jdi lemah longlai.. jenis pemalas..

So aku tanya soalan releven dgn situasi skrng..

Kot2 ada info boleh buat amalan yg sehabis simple.. dan berpeluang dpt lailatul qadr.. ?

Bab2 amalan ni sebenarnya Allah nk uji manusia.. Tahap kesanggupan manusia.. Cuma tu lah aku nk tahu apa amalan paling simple..

Sbgi cth bangun sahur kemudian zikir2 simple dh memadai utk berpeluang dpt lailatul Qadr ?
 
Hanya orang dipilih Allah jer dapat...
Tak semestinya kena alim dan kuat ibadah.

Yang biasa2 pun leh dapat terutamanya pure heart (ehsan, empati yg tinggi, pemaaf, baik sangka, syukur selalu, penyayang, geng selawat dll).
Yang aku baca la.
 
Kalau sebulan Ramadhan bangun Qiam tanpa gagal tapi takda dpt tanda Lailatulqadar, adakah kita dapat nikmat yang sama dengan yang dapat tanda? jika sama pulun je la bangun malam rasa tak rasa lain cite janji dapat nikmat yang sama.
 
Ada ustaz kongsikan
Yang dapat ni dah beramal sejak malam pertama Ramadan lagi
Bukan 10 malam terakhir baru nak mula
Bangun malam untuk solat tajahud, hajat, taubat, mengaji
Tapi tiada jaminan pun dapat anugerah tu
Cuma sekurang² nya ada pahala menanti di akhirat sebab beramal di bulan yang mulia
Yang mana jadi titik tolak kepada perubahan diri untuk kekal beramal pula pada bulan² lain sepanjang tahun
Mungkin disebabkan istiqamah tu jadi asbab untuk Allah anugerahkan Lailatul Qadar dekat kita
 
Hanya orang dipilih Allah jer dapat...
Tak semestinya kena alim dan kuat ibadah.

Yang biasa2 pun leh dapat terutamanya pure heart (ehsan, empati yg tinggi, pemaaf, baik sangka, syukur selalu, penyayang, geng selawat dll).
Yang aku baca la.

Aku pun rse mcm ni jgk..
Org ingat mcm susah nk dpt..
kena solat mlm, buat itu ini..
bg nmpk perfect..

Point nya kau kne "Berhasrat utk dpt"..
kemudian kau kne ada la usaha tu..
apa yg kau nak tu, kau buat dgn harapan kau dpt.. Allah terima sbb kau niat baik..

---

btw ada rujukan spe2 , link video ke ? ke kitab pe2.. utk tgk cara dia ulas..

---

Nabi dlu berusaha keras utk dpt..
Maksudnya ada la benda2 yg dilipat gandakan..

Tp kita duduk zaman skrng..
Banyak alasan..
 
Kalau sebulan Ramadhan bangun Qiam tanpa gagal tapi takda dpt tanda Lailatulqadar, adakah kita dapat nikmat yang sama dengan yang dapat tanda? jika sama pulun je la bangun malam rasa tak rasa lain cite janji dapat nikmat yang sama.

Wpun tak dapat tanda,
tapi kalo tetap istiqomah terutamnya 10 malam terakhir Ramadan,
kita dapat juga manfaat lebih baik drp 1000 bulan tu..
 
Aku pun rse mcm ni jgk..
Org ingat mcm susah nk dpt..
kena solat mlm, buat itu ini..
bg nmpk perfect..

Point nya kau kne "Berhasrat utk dpt"..
kemudian kau kne ada la usaha tu..
apa yg kau nak tu, kau buat dgn harapan kau dpt.. Allah terima sbb kau niat baik..

---

btw ada rujukan spe2 , link video ke ? ke kitab pe2.. utk tgk cara dia ulas..

---

Nabi dlu berusaha keras utk dpt..
Maksudnya ada la benda2 yg dilipat gandakan..

Tp kita duduk zaman skrng..
Banyak alasan..

Bagi saya
Ni lebih kurang jugak dengan haji yang mabrur
Tak semua orang dapat
Ada yang tak pergi pun tapi ada niat dan keikhlasan penuh
Dia dapat haji mabrur
Nak menampakkan tu semua adalah hak Allah untuk tentukan
Kita cuma boleh tingkatkan amalan kita semampu dan seikhlas mungkin je
 
Back
Top
Log in Register