BTC USD 77,309.0 Gold USD 4,346.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips Ketika Memandu Pulang Dan Ketika BerHARI RAYA

arjan

Fun Poster
Messages
570
Joined
May 14, 2010
Messages
570
Reaction score
11
Points
15
Hari raya akan menjelma lagi, kekdg kita terleka perkara2 penting yg sepatutnya mjadi Standard Operating Procedure ( SOP ) yg sepatutnya mjadi kelaziman setiap kita samada kita adalah pemandu atau penumpang,
kenderaan sendiri atau awam sudah tentu mjadi pilihan ketika musim perayaan.
Thread ini dibuka agar kita dapat bkongsi sesama kita mahupun dikongsi bsama org yg disayangi juga rakan2 taulan.
Namun ketentuan Ilahi mengatasi segala2nya, kita hanya berusaha apa yg Nabi Muhammad s.a.w sarankan.
Jika ada yg ingin bkongsi tips...dialu2kan,semoga tips ini akan diguna sepanjang masa sbg SOP.

Ayat2 lazim
1)Al Fatihah
2)Ayat Kursi
3)3 Qul
4) Selawat
juga doa

doa-naik-kenderaan.jpg
 
Selain itu:

* SENTIASA memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunannya kepada penumpang.

* JANGAN memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.

* SENTIASA kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan hadapan. Jika memandu ketika hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.

* KETIKA memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada
pengguna jalanraya lain untuk memastikan keselamatan anda.

* JANGAN pandang secara tepat lampu kereta dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.

* SENTIASA peka dan berhati-hati sebuah kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau lubang besar di jalan raya atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.

* MEMANDU dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa tarikan pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan dipenuhi air.

* KETIKA memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.

* JANGAN biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran ketika menggunakan jalan raya.

* ELAK memandu jika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan menyegarkan badan atau berhenti menikmati secawan kopi yang pastinya membuatkan diri lebih segar dan peka.

* ANDA dinasihatkan memandu kenderaan diselenggara dengan baik. Periksa sistem penyejukan, brek, tahap cecair brek, tali sawat, tayar,minyak enjin, lampu dan pengilap cermin sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.

* PERHATIKAN kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.

* JIKA anda ingin mengubah lorong, sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan dan keyakinan
berbuat demikian.

* PERIKSA keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman baik. Ia menjamin keselamatan anda ketika di jalan raya terutama sekali sewaktu memandu dalam cuaca buruk.

* TEMPAT paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan

Juga sebelum bergerak samada ketika ingin memulakan sesuatu perjalanan atau ketika berehat di RR, bergerak sekeliling kenderaan anda, periksa sepintas lalu keadaan fizikal kenderaan terutamanya tayar, lagak seperti seorang pilot memeriksa pesawat terbangnya sebelum ia terbang:)cgrock
.
 
Last edited:
good info...tambahan lagi bole laa jugak membaca bismilaahillazi.
 
aku biasa baca bismillah setiap kali sebelum bawak moto @ keter...
 
aku masa drive jauh utk elak mengantuk aku minum redbull sblm drive...xcaya leh cuba..
 
Baca Ayat2 lazim
1)Al Fatihah
2)Ayat Kursi
3)3 Qul
4) Selawat
juga doa

Amalkan, jangan lihat, baca sat dan lupakan ye.
 
Insya Allah sama-sama kita amalkan.
 
Back
Top
Log in Register