BTC USD 80,945.0 Gold USD 4,160.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips Adsense 2012...Jom Meriahkan Thread...

to all thanks..atas tunjuk ajar dlm adsense.. smlm br dpt cek dr pakcik google.. huhu.. nak kena start merempit blk nih huhuhu
 
site aku baru kene banned ngan sidereel..
drop gile trafik...ada sumber2 lain x?
kat mane nk submit link..hehe
 
Kat forum WC kta blackhat tu Haram ... betul ker ? apa kata otai ..

haram atau halal, korang fikirlah sendiri, tapi apa² pun blackhat skill melanggar TOS google adsense..

Assalamualaikum WBT

Pertamanya sekali, ingin saya tegaskan disini bahawa tujuan saya buka thread ini bukanlah untuk berlagak pandai atau menyinggung perasaan sesiapa, sekadar ingin berkongsi pendapat peribadi saya sahaja. :)

Saya yakin hampir semua dpd kita tahu apa itu Adsense. Adsense ialah bagaikan sebuah lubuk duit yg mana jika dipraktikkan dgn betul, akan mendatangkan sumber duit yg banyak. Ianya seolah2 kita bekerja dgn majikan cuma disini majikan kita ialah Google dan jaringan Internet. Berbagai2 teknik bolh diaplikasikan utk meningkatkan pendapatan Adsense. Secara umumnya, saya kategorikan teknik2 tsbut kpd 2 bahagian, whitehat dan blackhat. Whitehat adalah segala teknik2 digunakan tanpa melanggar apa2 aturan yg ditetapkan oleh majikan. Ianya sebuah laluan yg sukar, lambat dan memerlukan komitmen yg tinggi. Blackhat pula ialah teknik yg digunakan utk mem"bypass" aturan2 tsbut. Ianya adalah laluan pintas yg menghasilkan keuntungan yg banyak dalam masa yg singkat.

Jd apa masalahnya? Persoalan yg timbul skrg ialah dari aspek moral dan etika. Sebagai seorang yg beragama Islam, saya rasa wajar utk kita menitikberatkan sumber wang yg bakal kita perolehi. Ini kerana wang tsbt akan digunakan utk perbelanjaan harian dan utk makan minum anak2, ibu bapa dan keluarga kta. Malahan, sekiranya utk tujuan persendirian sekalipun, masih perlu utk kita kaji sumber tsbt.

Analoginya spt berikut,

Bayangkan anda seorang ahli perniagaan yg menjual VCD lagu / filem. Jika diterjemahkan istilah whitehat dlm analogi ini, ianya spt menjual VCD original yg mana laluan utk berjaya agak sukar. Ianya memerlukan komitmen, masa dan modal yg besar. Berbanding dgn blackhat, anda juga menjual VCD, cuma kali ini ianya adalah VCD cetak rompak. Sudah pastinya teknik ini adalah suatu laluan pintas yg akan mendatangkan hasil yg berlipat kali ganda dlm masa yg singkat.

Cntoh yg paling jelas disini ialah teknik video marketing yg disalahgunakan. Ada sesetengah dr kita menggunakan video yg mengandungi gambar2 lucah utk menarik perhatian pengguna. Apa yg dibuat ialah dgn meletakkan watermark dalam video tsbt agar user akan menaip address tsbt sendiri utk melawat laman web author. Website itu pula tiadalah berkaitan langsung dgn video yg dipromotekan ttp berkaitan dgn FOREX dgn harapan visitor akan mengklik pd ads tsbt. Persoalannya ialah, mahukah kita guna wang yg kita dpt td hasil dari mempromosikan video berunsurkan lucah? Ianya seolah2 kita menipu dgn cara halus. Kalau tak caya, pergi youtube dan taip ape2 perkataan lucah. Byk lg cth2 blackhat lain samada adsense for content / adsense for domain. Kalau nak cerita, pjg sgt pulak nanti.

Kesimpulannya, tiada jalan pintas utk buat duit samada online / offline. Semuanya memerlukan usaha dan kegigihan. Kalau kita lihat pengguna2 adsense ygt berjaya, semuanya berkata mereka berusaha keras utk mencapai ketahap tsbt. Janganlah pula kita mengejar keuntungan sementara dgn menggunaka laluan yg diragui.

Akhir sekali, ingin saya tegaskan sekali lagi bukanlah saya nak berlagak pandai / menyinggung perasaan sesiapa, hanya sekadar berkongsi pendapat saya. Kalau ada yg tersinggung, saya minta maaf.

Sekian, Wassalam.
 
Jahanam btl la Master Google ni..
Tiga motor spare yang aku main hanya di Trekadv dah kena tarik balik..
Dah 2 minggu tak rempit.. 2 minggu sebelum ni masi ok lagi.. tapi bila check balik 2 hari yang lalu dah kena saman..
2 hari tak online.. frust!!
Hampergh.. Last2 minit / hujung bulan dia org tarik daa..

Sekarang ni.. 1 account pun takde.. dah takde mood nak rempit lagi daa.. dah tobat.


Mai Whitehat.. mai CPAlead.. kekasih baru ku
:">
 
Back
Top
Log in Register