Manusia adakalanya
sukar difahami dan pentingkan diri sendiri.
Biarkanlah..
Maafkan sahaja mereka.
Kalau kita baik,
Maka ramai yang mengambil kesempatan
& mempergunakan kita.
Biarkan sahaja..
Teruslah berbuat baik kepada sesiapa sahaja.
Kalau kita berjaya,
Ada kawan yang berpura-pura,
ada pula yang terang-terangan memusuhi kita.
Pedulikan sahaja.
Teruskan mendaki puncak jaya..
Kalau kita jujur,
Orang pula yang akan menipu kita.
Biarlah..
Teruskan sahaja bersikap jujur pada mereka.
Kalau kita gembira dan ceria,
Mereka mungkin dengki dan sakit hati.
Pedulikan mereka.
Senyumlah dan teruskan ceria.
Berilah dunia ini segala yang terbaik dari kita.
Biarpun ianya tidak pernah mencukupi.
Berilah dunia ini apa yang terbaik pernah kita miliki..
Tanpa peduli apa yang kita akan dapati.
Kerana kita akan melihat nanti,
Rupanya di akhir cerita,
Ianya bukan lagi kisah antara kita sesama mereka.
Sebaliknya,
Ia adalah satu perhitungan antara kita dengan Tuhan.
Sejauhmana kita yakin dan percaya dengan pembalasan.