BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,457.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tip memilih bakal suami :)

abbas

Fun Poster
Messages
617
Joined
Dec 11, 2005
Messages
617
Reaction score
28
Points
20

Artikel yg menarik utk dikongsi


Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis hari jadi. Jika baju, tak suka yang itu, pilih saja yang ini. Kalau warnanya seperti tidak match, pilih saja warna yang lain.

Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan serasi? Persoalan ini memang patut menghantui setiap orang sebab tersalah pilih, hidup akan menjadi amat tidak selesa. Macam-macam perkara boleh ditimbulkan oleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun bergelar suami. Tidak semudah menukar baju jika ingin lari darinya. Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan.

Jika anda mendapat lelaki yang okey segala segi, anda sangat beruntung. Hidup anda akan terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan. Tetapi jika anda mendapat lelaki yang tidak okey segala segi, ibarat anda telah menghampiri ?neraka dunia?.

Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila memilih lelaki:

1. Bagaimana agamanya
Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya, tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan terbaik.

Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat. Dalam soal ini tiada siapa terkecuali.


2. Bagaimana dia melayani ibu bapanya
Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini. Jika dia menangguhkan pulang ke kampung semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man, lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan.

Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.


3. Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama anda
Jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan ?tidak boleh? sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik. Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa kemurkaan TUHAN. Ramai wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati, tetapi tidak usah hingga terkorban diri.

Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.


4. Bagaimana keluarga melayaninya
Jika boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya. Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda. Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya. Jika keluarga baik terhadapnya, itu menandakan dia baik terhadap keluarga.


5. Siapa sahabatnya
Untuk mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya. Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya. Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia juga sama. Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak, dia juga mungkin tidak terkecuali.


6. Apakah kegiatan hidupnya
Lantaran jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya, maksud saya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya. Ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga apa wawasannya.

Pastikan dia mempunyai pekerjaan, tidak semestinya makan gaji, perniagaan juga baik. Pertanian, perladangan, penternakan dan juga perikanan juga baik. Semua itu bidang pekerjaan yang mulia. Ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan, kemudian menanggung derita setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan, pemalas bahkan penagih dadah. Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya, selagi halal, adalah mulia di sisi ALLAH.


7. Lihatlah diri anda sendiri
Lihatlah diri anda sendiri. Bagaimana lelaki yang anda inginkan begitulah diri anda sebenarnya. Jika anda memiliki akhlak yang baik, dia semestinya juga begitu. Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman.


8. Semaklah dirinya berpandukan Formula 3E
Ada 3 pecahan daripada Formula 3E yang boleh anda suaikan dengan peribadi dan perwatakannya.

i. Lihat sifat-sifat semula jadi serta perwatakan (negatif dan positif) melalui bulan kelahirannya. Misalnya jika dia dilahirkan pada bulan Mac, biasanya (tak wajib betul harus salah) dia seorang yang mudah merajuk, seorang perasa, baik, sensitif, romantik, tahu membalas jasa, bijak, boleh menyelesaikan masalah orang, penyayang serta setia apabila bercinta. Negatifnya dia seorang yang suka berangan-angan dan kadang-kadang sangat pemalas.

Pengetahuan anda terhadap perwatakan-perwatak an sebegini memudahkan anda mengenali sifat-sifatnya. Rumah tangga akan lebih mudah dilayari dalam keadaan anda mengetahui perwatakan?


ii. Lihat tarikh lahirnya dan buat kiraan tertentu. Setiap angka dari 1 hingga 9 boleh menerangkan wawasannya. Kita boleh membaca fikiran orang sekiranya kita tahu angka peribadinya.

iii. Kenali warna kegemarannya dan dapatkan definisinya.


Mengenali lelaki adalah cabaran utama wanita dalam langkah pertama membina cinta. Mengenali peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah tuntas menuju kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga setelah berkahwin. Lelaki bagaimanakah yang anda inginkan? Pilih, kemudian tafsir, renung dan fikir, usah suka, terus ambil kemudian kahwin lalu menderita.

Anda mampu mengubahnya.
 
klu yang lahir bulan2,tarikh2 yang len cane perwatakanyer?
 
: )

klu yang lahir bulan2,tarikh2 yang len cane perwatakanyer?

Tentang tarikh lahir ada kajian yg di buat oleh Dr Fadzilah Kamsah. Pada sy ianya hanyalah kajian semata-mata. Sebagai org yg beriman Kita tidak boleh terlalu mempercayainya atau menggunakannya sbg dasar untuk meramal kelakuan seseorg

p/s utk tgk kajian tersebut try bt google ada banyak :)

Formula 3E tu mende

Sorry Yg nie sy pon x tau ..hehe jgn marah :)

part no 8 tue sy x berapa setuju


 
hahahahah sapa2 yg nk dpt adik ipar ker, abg ipar ker, apa2 ipar, nk dpt menantu ke....korang test la dulu, suruh dia baca doa makan ker, suruh jadi iman ke, fuhhhhhh confirm kerasss nya hahahahahah...
harap2 la jangan aku plak yg kena fuhhh
 
bagus info ini kecuali items no 8 tak betullah bagi laling macam kurafat je..anyway susah sekarang cari lelaki yang setia dan bertenaga.
 
bertenaga ya laling :p

:D bertenaga ni subjective ramai lelaki tak bertenaga bila suruh sound kutu2 yang ngorat awek sebelah "katanya abang taknak buat hal"..ramai lelaki tak bertenaga bila mintak tolong teman je gi shopping beli baju dan barang make-up "katanya lecehlah abang tunggu kat luar jelah"ramai lelaki tak bertenaga untuk pegang tangan "katanya abang seganlah,"ramai lelaki tak bertenaga bila ajak jumpa bapak kat kampong "katanye tak sedialah"...

LEMAH.....so lelaki kena kuat ,bijak dan bertenaga" :cool:
 
:D bertenaga ni subjective ramai lelaki tak bertenaga bila suruh sound kutu2 yang ngorat awek sebelah "katanya abang taknak buat hal"..ramai lelaki tak bertenaga bila mintak tolong teman je gi shopping beli baju dan barang make-up "katanya lecehlah abang tunggu kat luar jelah"ramai lelaki tak bertenaga untuk pegang tangan "katanya abang seganlah,"ramai lelaki tak bertenaga bila ajak jumpa bapak kat kampong "katanye tak sedialah"...

LEMAH.....so lelaki kena kuat ,bijak dan bertenaga" :cool:
aik ramai ke laki camtu ?? salah populasi kot laling mencarik tuuu??
 
:D bertenaga ni subjective ramai lelaki tak bertenaga bila suruh sound kutu2 yang ngorat awek sebelah "katanya abang taknak buat hal"..ramai lelaki tak bertenaga bila mintak tolong teman je gi shopping beli baju dan barang make-up "katanya lecehlah abang tunggu kat luar jelah"ramai lelaki tak bertenaga untuk pegang tangan "katanya abang seganlah,"ramai lelaki tak bertenaga bila ajak jumpa bapak kat kampong "katanye tak sedialah"...

LEMAH.....so lelaki kena kuat ,bijak dan bertenaga" :cool:

Nice exp laling..

Hehe pikir2 balik ako pun lemah la.. if ada org dok kacau2 ako pun ako buat benda yg sama.. xnak buat hal.. tapi if yg dah over sgt kacau.. memang kena arrr. :) lagipun xbest gaduh pasai pompuan.. kecuali keadaan yg tertentu.. setakat kena kacau tu.. buat bodo la.. xyah nak jadi hero hindustan.. :)

Maunya tak bertenaga p shopping.. Nak beli suar jeans.. sumer kedai singgah.. Tambah2 tak bertenaga bila kena swap cc :p
 
Back
Top
Log in Register