BTC USD 75,755.5 Gold USD 4,322.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pasangan suami isteri kongkek dalam wad hospital bersalin, alasan 'induced' semulajadi untuk senang keluar anak

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,481
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,481
Reaction score
1,681
Points
201
390264-390264.jpg


Bau ubat, bunyi mesin CTG, dan rintihan ibu-ibu menahan sakit contraction. Itu suasana biasa di wad antenatal. Tapi kalau tiba-tiba dengar bunyi katil besi bergegar dari sebalik langsir hijau, itu cerita lain.

Ramai yang terkejut dan panas hati baca kes viral pasangan melakukan hubungan kelamin dari sebalik langsir wad hospital kerajaan baru-baru ni.

Mungkin ada yang cuba bagi alasan perubatan, kononnya nak induce secara natural. Fakta sains memang tak nafikan. Air mani suami mengandungi prostaglandin yang boleh bantu melembutkan pangkal rahim dan cetuskan contraction.

Tapi buat atas katil wad awam? Jika jarak sejengkal dari pesakit sebelah? Itu bukan lagi usaha perubatan. Itu otak dah letak kat lutut.

Mari kita kupas satu fakta sains yang agak geli dan sangat bahaya yang mungkin tak fikir.

Katil hospital bukan katil empuk hotel lima bintang. Tilam yang anda goncang tu dah silih berganti menempatkan ribuan pesakit. Ada kes air ketuban pecah, tumpah darah, dan pelbagai sisa klinikal lain yang pernah menyerap kat situ.

Walaupun cadar sentiasa ditukar bersih, persekitaran wad adalah lubuk pelbagai kuman kebal ubat atau superbug macam MRSA.

Waktu isteri sedang tunggu masa nak bersalin, pangkal rahimnya dah mula menipis dan terbuka atau dilate. Bila anda melakukan hubungan intim di persekitaran berisiko tinggi macam ni, anda sebenarnya sedang bentangkan karpet merah untuk kuman hospital masuk terus ke dalam rahim.

Risikonya sangat ngeri. Kuman boleh menjangkiti membran ketuban dan meresap masuk kepada bayi. Niat konon nak cepat beranak, silap haribulan isteri dan baby terpaksa bertarung nyawa masuk wad ICU sebab jangkitan darah.

Satu lagi, langsir hijau wad kerajaan tu nipis macam kertas je bang. Ia cuma penghadang mata, bukan dinding kalis bunyi. Kesian misi yang tengah kelam kabut nak selamatkan nyawa pesakit lain terpaksa hadap drama free yang tak senonoh.

Pesanan untuk para suami. Nafsu tu tolong simpan kejap dalam poket. Isteri tengah menanggung sakit nak beranak. Dia perlukan sokongan emosi dan urutan di belakang badan, bukan desakan bawah perut.

Kalau rasa isteri tu belum beranak pun dah tak menyempat nak terkam, tolong pasak siap-siap dalam kepala untuk tempoh berpantang nanti.

Tunggu isteri betul-betul sembuh. Luka jahitan episiotomi di bawah tu makan masa berbulan nak cantum kuat semula. Darah nifas pula berisiko tinggi untuk jangkitan kalau tak dijaga. Jangan sebab nak kejar sedap 10 minit, isteri merana rahim bernanah dan jahitan meletup kemudian hari.

Ada kawan anda yang tengah sarat tunggu masa nak masuk wad bersalin? Minta bagi peringatan pada suami masing-masing supaya pandai bawa diri bila masuk kawasan hospital.

Kredit➡️ PHM
 
Back
Top
Log in Register