BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tingkatan 6 distruktur semula

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Tingkatan 6 distruktur semula


pix_gal0

MUHYIDDIN bertemu Menteri Pendidikan Tertiari Australia, Christopher Evans
sebelum menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran Asia Timur dan Sidang
Kemuncak Menteri Pelajaran Asia Timur Pertama, di Yogyakarta, Indonesia,
semalam.​


Pelajar dipisah dari sekolah, ditempat di pusat pengajian khas

SISTEM pendidikan tingkatan enam dicadang distruktur semula bagi meningkatkan imejnya sejajar dengan pendidikan pra-universiti seperti kolej matrikulasi dan pusat asasi sains.

Antara langkah yang akan diambil ialah memisahkan pelajar tingkatan enam daripada sekolah biasa dan menempatkan mereka di pusat pengajian khas.
Mereka juga akan menggunakan pakaian berbeza, jadual waktu yang tidak sama dan guru berlainan berbanding sekolah sekolah biasa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pemisahan pelajar tingkatan enam dengan sekolah biasa ialah untuk meningkatkan imej sistem dan kualiti pendidikan tingkatan enam.

Faktor lain ialah jumlahnya yang ketika ini bertaburan di seluruh negara, selain ada sekolah tertentu hanya mempunyai satu atau dua kelas.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata ia masih di peringkat kajian dan perbincangan sebelum dilaksanakan.
"Kerajaan juga bersedia mengkaji kemungkinan tempoh pembelajaran dipendekkan enam bulan lebih awal seperti Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran," katanya di sini semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran Asia Timur dan Sidang Kemuncak Menteri Pelajaran Asia Timur Pertama.

Muhyiddin berkata, untuk menjayakan penstrukturan tingkatan enam, sistem sokongan yang lebih kukuh diperlukan, termasuk faktor logistik yang diperluaskan.

“Ketika ini tingkatan enam dilihat kesinambungan daripada tingkatan lima, sedangkan sebenarnya mereka sudah dewasa dan matang. Walaupun pelajar tingkatan enam bersekolah di premis sama dengan pelajar sekolah menengah, namun Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) setaraf kolej matrikulasi,” katanya.

Beliau berkata, persepsi masyarakat sekarang ialah pendidikan di kolej matrikulasi lebih baik berbanding tingkatan enam, sedangkan kelulusan dan kelayakan mereka untuk bersaing ke universiti awam adalah sama.

Justeru, masyarakat tidak harus melihat pendidikan matrikulasi mempunyai kelebihan kerana ada masanya pencapaian pelajar tingkatan enam lebih cemerlang daripada pelajar matrikulasi.

“Jadi, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) harus melihat bahawa pendidikan tingkatan enam juga antara pilihan terbaik untuk pendidikan pra-universiti,” katanya.





sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tingkatan6distruktursemula/Article/artikel
 
kenapa ntah budak2 zaman skrg ni berebut nak amik kos asasi sains...mungkinkah disebabkan dunia kita makin canggih..?
 
ye la,
tingkatan 6 bagi la dok kat tempat lain..
ni pegi balik skolah campur ngan bdak form 1-5 bwat pe..
 
Duk je sekolah mcm biasa...nak pindah2 nanti duit lagi...rata2 pelajar bukannya mampu sgt (kalo byk duit dah masuk kolej)...yg penting ilmu bukan nak tmpt yg grand2...
 
Duk je sekolah mcm biasa...nak pindah2 nanti duit lagi...rata2 pelajar bukannya mampu sgt (kalo byk duit dah masuk kolej)...yg penting ilmu bukan nak tmpt yg grand2...

setuju.. xya bazirkan duit. blaja mana2 pn sama. yg penting usaha :).
 
Duk je sekolah mcm biasa...nak pindah2 nanti duit lagi...rata2 pelajar bukannya mampu sgt (kalo byk duit dah masuk kolej)...yg penting ilmu bukan nak tmpt yg grand2...
betul. lg pun guru yg mengajar 2 jg yg mengajar form 4-5 n marking paper. wat institusi baru ade kos baru plak. projek buleh ke kroni.. last2 student jg dpt hutang ptptn bayar kos-kos terlibat.

senang citer kekalkan dlm sekolah dan upgrade kemudahan belajar sekolah 2 ape susah semua tingkatan ble rase. name pun tingkatan enam....
 
ak pernah masuk lower 6 dlu..mcm hampeh..rasa mcm bdk2 jer..baik masuk kolej..
 
Back
Top
Log in Register